Page 47 - DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
P. 47
DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
3. Vitamin D3 (2000–5000 IU)
Kekurangan vitamin D lebih kerap berlaku pada kanak-kanak dengan
Autisma berbanding dengan kanak-kanak tanpa Autisma. Ini adalah kerana
vitamin D diperlukan untuk fungsi otak yang sihat. Kekurangan vitamin D
pada ibu hamil juga boleh meningkatkan risiko Autisma pada anak dalam
65
kandungannya .
66
Satu kajian menunjukkan bahawa kadar Autisma adalah paling tinggi di
kalangan bayi yang dikandung pada bulan-bulan musim sejuk iaitu semasa
kadar vitamin D adalah paling rendah dalam tubuh manusia kerana
67
kekurangan pendedahan kepada cahaya matahari. Kajian juga
menunjukkan, musim menentukan 11.4% kes Autisma, kecacatan
intelektual dan masalah sukar belajar. Ini adalah hubungan-perekodan di
antara 801.592 kanak-kanak di Scotland.
65 https://draxe.com/nutrition/vitamin-d-deficiency-symptoms/
66 Bener A, Khattab AO, Al-Dabbagh MM. Is high prevalence of Vitamin D deficiency evidence for autism
disorder?: In a highly endogamous population. J Pediatr Neurosci. 2014;9(3):227‐233. doi:10.4103/1817-
1745.147574
67 Mackay DF, Smith GC, Cooper SA, et al. Month of Conception and Learning Disabilities: A Record-Linkage
Study of 801,592 Children. Am J Epidemiol. 2016;184(7):485‐493. doi:10.1093/aje/kww096
47 | P a g e