Page 5 - E-Majalah Perubahan Iklim
P. 5

Perubahan Iklim                                                                          La Nina


              Kesan La Nina kepada Masyarakat

                        1) Menjejaskan Aktiviti Pertanian






                                                                       Bahagian kedua-dua kesan
                                                                       kepada masyarakat telah ditulis
                                                                       oleh Nur Qamarina Binti Mohd

                                                                       Ariff bernombor matrik 157337.


                                                     Umum mengetahui bahawa, kesan fenomena “La Niña” akan
                                                     menyebabkan  kejadian  banjir  besar  yang  mana  ianya  akan
                                                     menyebabkan kawasan pertanian ditenggelami air sehingga
                                                     merosakkan  tanaman.  Secara  tidak  langsung,  aktiviti
                                                     pertanian  masyarakat  terjejas  kerana  kesan  daripada
                                                     fenomena tersebut. Terdapat kajian yang mendapati bahawa
                                                     sebahagian  penduduk  di  Pekan  Sebauh  menyatakan
                                                     kebimbangan kerana hasil pertanian iaitu kelapa sawit yang
                                                     mengalami  kerosakan  selepas  ladang  ditenggelami  banjir
                                                     selama  seminggu  lebih  (Berita  Harian,  2018).  Sehubungan
                                                     dengan  itu,  bencana  banjir  yang  berlaku  dilihat  memberi
                                                     kesan kepada petani kerana tidak dapat menjalankan aktiviti
                                                     harian  seperti  biasa.  Oleh  itu,  pendapatan  mangsa  dan
                                                     keluarga  yang  bergantung  kepada  aktiviti-aktiviti  tersebut
                                                     terganggu  seiring  dengan  sumber  kewangan  mereka  yang
                                                     kian  merosot  (Sarina  et  al.,  2018).  Buktinya,  menurut
                                                     Timbalan  Perdana  Menteri  iaitu  Datuk  Seri  Ahmad  Zahid
                                                     Hamidi berkata bahawa sebanyak 4,893.73 hektar kawasan
                                                     pertanian terjejas akibat daripada bencana banjir yang mana
                                                     melibatkan  seramai  2,269  petani  yang  terkesan  serta
                                                     kerugian kira-kira RM 22,8823,601 (Sinar Harian, 2024).


                                                               Tambahan  pula,  kemusnahan  dan  juga  kerosakan
                                                     tanaman  dilihat  bukan  sahaja  dalam  konteks  kerugian
                                                     ekonomi  yang  terpaksa  ditanggung  oleh  para  petani  tetapi
                                                     sebagai  satu  kemerosotan  pendapatan  bagi  seseorang
                                                     individu  dan  juga  keluarga.  Perkara  ini  disebabkan  oleh  air
                                                     yang  bertakung  terlalu  lama  di  kawasan  pertanian  boleh
                                                     menyebabkan  tanaman  seperti  padi,  kelapa,  sawit,  getah,
                                                     pohon-pohon  kecil  dan  sayur-sayuran  mati  (Sarina  et  al.,
                                                     2018).




                                                                                                       Page  03
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10