Page 7 - E-Majalah Perubahan Iklim
P. 7

Kesan La Nina kepada
                          Kesan La Nina kepada


                                          Persekitaran
                                           Persekitaran



                     1) Peningkatan Risiko Banjir dan Banjir Kilat





























                                Bahagian kedua-dua kesan kepada                 Sebagai contoh, kerosakan
                                persekitaran telah ditulis oleh                 terhadap infrastruktur
                                Zharif Zoniar Bin Zainudin                      seperti jalan raya,
                                                                                jambatan, dan bangunan
                                bernombor matrik 160085.
                                                                                awam boleh mencecah
                                                                                tahap yang kritikal,
             Antara salah satu kesan ketara La Niña di Malaysia adalah          memerlukan kos yang tinggi
             peningkatan  risiko  banjir  dan  banjir  kilat,  yang  memberi    serta masa yang panjang
             kesan  besar  kepada  persekitaran.  Fenomena  ini  dicirikan      untuk dibaik pulih. Selain
             oleh  peningkatan  jumlah  hujan  yang  luar  biasa,               itu, kerosakan terhadap
             terutamanya  semasa  musim  monsun  timur  laut,  yang             harta benda seperti rumah,
             berlangsung  dari  bulan  November  hingga  Mac.  Dalam            kenderaan, dan barangan
             tempoh  ini,  hujan  lebat  yang  berterusan  boleh                peribadi juga menjadi satu
             menyebabkan  sungai-sungai  utama  di  negara  ini                 beban besar kepada
             melimpah,  sekali  gus  membawa  kerosakan  besar  kepada          mangsa banjir.
             kawasan rendah. Menurut laporan Dewan Negeri Selangor
             (2016),  kekerapan  fenomena  La  Niña  yang  berkaitan
             dengan hujan lebat meningkatkan limpahan air di sungai-
             sungai  utama,  menyumbang  kepada  kejadian  banjir  yang
             lebih  kerap  dan  teruk  di  kawasan  yang  terjejas.  Negeri-
             negeri  pantai  timur  seperti  Kelantan,  Terengganu,  dan
             Pahang sering menjadi kawasan yang paling teruk terjejas
             akibat  fenomena  ini.  Banjir  yang  berlaku  bukan  sahaja
             memberi  kesan  kepada  penduduk  setempat  tetapi  juga
             menimbulkan kerugian besar dari segi ekonomi dan sosial.




                                                                                                   Page  05
   2   3   4   5   6   7   8   9   10