Page 4 - RISE 2023-2025
P. 4
Tuan Shamsul Akbar bin Sulaiman
Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin
dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Bebas Rasuah
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia yang lebih dikenali
sebagai MAQIS adalah sebuah Jabatan yang berada di pintu masuk dan secara terus
mengawal kemasukan import dan pengeluaran eksport keluaran pertanian dalam
memastikan orang awam dan biosekuriti negara terjamin dan berterusan. MAQIS
juga memberi impak besar dalam memastikan negara terus dapat menjamin sumber
makanan berasaskan pertanian yang bebas dari segala aspek penyakit dan perosak
yang memberi risiko kepada kesihatan manusia dan pembangunan industri pertanian
negara. MAQIS adalah pengawal biosekuriti dan bertindak sebagai frontliner kepada
negara.
Justeru, penting bagi MAQIS dalam memastikan segala urusan berkaitan
penguatkuasaan dan pemeriksaan keluaran pertanian adalah bebas dari unsur
rasuah, salah laku, penyalahgunaan kuasa dan segala bentuk penyelewengan dalam
kalangan warga kerja MAQIS.
Merealisasikan hasrat tersebut, MAQIS telah berjaya membangunkan Pelan
Antirasuah MAQIS atau R.I.S.E. 2023-2025. Pelan ini merupakan satu dokumen
rujukan unggul selari dengan aspirasi National Anti Corruption Plan (NACP) agar
Jabatan mengeluarkan satu pelan dalam mengatasi permasalahan dari sudut tadbir
urus, integriti dan rasuah.
Sesungguhnya amat besar harapan saya kepada warga MAQIS untuk menghayati
R.I.S.E.. Dengan adanya pelan ini juga, harapan untuk memposisikan MAQIS sebagai
salah satu Jabatan contoh dalam menangani sebarang isu tadbir urus, integriti dan
rasuah adalah amat tinggi. Dalam masa yang sama, ianya dilihat dapat meningkatkan
kepercayaan dan keyakinan orang awam, pihak berkepentingan terhadap MAQIS
sebagai badan tunggal yang memastikan kawalan biosekuriti pertanian negara
adalah terjamin.
‘Penguatkuasaan Berintegriti’
Pelan Antirasuah 2023-2025 3 3
Laporan Tahunan 2022
Jabatan P erkhidmatan K uarantin dan P emeriksaaan Mala ysia
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaaan Malaysia