Page 6 - RISE 2023-2025
P. 6
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pelan Antirasuah MAQIS (R.I.S.E.) yang dibangunkan ini adalah selaras
dengan komitmen jitu Jabatan terhadap Arahan YAB Perdana Menteri
No.1 Tahun 2018 Siri 2, No. 1 Tahun 2019 berkaitan Pemantapan Tadbir
Urus, Integriti dan Antirasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan
Malaysia: Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional. Pelancaran Pelan
Antirasuah Nasional (NACP) ini telah dilancarkan oleh YAB Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 pada
29 Januari 2019 dengan aspirasi nasional “Malaysia dikenali kerana
integriti dan bukannya rasuah”.
Sebelum ini, Jabatan MAQIS sudah membangunkan Pelan Antirasuah dengan nama
PARM (2020-2022). Apabila tamatnya PARM pada tahun 2022, Jabatan membangunkan
R.I.S.E. yang akan dikenali juga sebagai OACP Vol.2. Pelan Antirasuah ini merupakan dasar
antirasuah yang mencerminkan komitmen tinggi semua pihak untuk membanteras gejala
rasuah dalam perkhidmatan MAQIS.
Justeru, R.I.S.E. ini adalah penuh dengan harapan untuk memastikan pengurusan
pentadbiran bebas daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan
berpandukan tindakan menyeluruh dan bersepadu yang digariskan bagi tempoh 3 tahun
akan datang (2023-2025). R.I.S.E. adalah dokumen utama Jabatan jadikan sebagai
panduan dan rujukan kepada seluruh warga MAQIS ke arah menjadikan MAQIS sebuah
Jabatan Penguatkuasaan yang bebas rasuah dan berintegriti tinggi.
Pelan Antirasuah 2023-2025 5 5
Laporan Tahunan 2022
Jabatan P erkhidmatan K uarantin dan P emeriksaaan Mala ysia
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaaan Malaysia