Page 5 - RISE 2023-2025
P. 5

PERUTUSAN KETUA UNIT INTEGRITI





                                “TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN,

                             BERSAMA MENUJU MAQIS BEBAS RASUAH”





                                                  Tuan Abdul Muhyi bin Mohamad Hatta

                                                  Ketua Unit Integriti MAQIS



                                                  Assalamualaikum WBT dan Salam Integriti.

                                                  Alhamdulillah, pertamanya saya merafakkan syukur kepada
                                                hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Pelan Antirasuah
                                                MAQIS R.I.S.E. 2023-2025 dapat dibangunkan dan seterusnya
                                                    diterbitkan.

                                                                 Berteraskan 5 strategi dan memfokuskan
                                                              penambahbaikan dalam perkhidmatan, R.I.S.E.
                                                              2023-2025 ini telah dibangunkan dengan
                                                              strategi dan matlamat bagi membanteras
                                                               rasuah, kelemahan tadbir urus dan pemantapan
                                                               integriti  dalam  warga  MAQIS.  Inisiatif  yang
                                                                telah  dibangunkan  juga  adalah  perangkaan
                                                                 yang diperoleh melalui input kejadian
                                                                  yang telah, sedang dan akan berlaku bagi
                                                                  memastikan  MAQIS  sentiasa  bersedia
                                                                  dalam mengharungi agenda rasuah dan
                                                                  memastikan MAQIS bebas rasuah.

                                                                    Justeru,  saya  mewakili  seluruh  warga
                                                                  kerja  Unit Integriti  MAQIS merakamkan
                                                                  setinggi-tinggi  penghargaan  dan  ribuan
                                                                  terima kasih kepada semua sama ada
                                                                  yang  terlibat  secara  langsung  atau  tidak
                                                                  langsung dalam menyiapkan R.I.S.E. 2023-
                                                                  2025 ini. Semoga dengan penerbitan ini,
                                                                  ianya menjadi rujukan kepada semua warga
                                                                 kerja MAQIS dalam memantapkan integriti,
                                                                 memerangi rasuah dan mempertingkatkan
                                                                 kecekapan tadbir urus.






        4    Pelan Anti Rasuah MAQIS RISE
             Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaaan Malaysia (MAQIS)
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10