Page 2 - Buku Panduan pelajar
P. 2
Pendahuluan
BUKU PANDUAN PELAJAR ini diterbitkan khusus untuk memberi
maklumat kepada para pelajar baharu tentang peraturan-peraturan
dan sistem pembelajaran di Politeknik Kuala Terengganu (PKT)
secara amnya. Kandungannya juga memuatkan informasi terkini
tentang kemudahan pembelajaran agar pelajar dapat menyesuaikan
diri di tempat baharu. Oleh itu, adalah menjadi harapan Politeknik
Kuala Terengganu agar Buku Panduan ini dapat memberi manfaat
kepada semua pelajar bagi mencapai misi dan visi di Politeknik
Kuala Terengganu.
Akhir kata, setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan
kepada Pengarah , Timbalan – timbalan Pengarah, Ketua-ketua
Jabatan, Ketua-ketua Unit, para pensyarah, kakitangan sokongan
serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama sama ada
secara langsung atau tidak untuk menerbitkan Buku Panduan dan
Peraturan AM Politeknik Kuala Terengganu.
“Selamat menempuh hidup sebagai pelajar PKT ”