Page 7 - Buku Panduan pelajar
P. 7
4.2 JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (JTMK)
Pengenalan
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) ini mula beroperasi pada Mac 2007.
Pada awal penubuhannya JTMK terletak di Bangunan Induk dan diletakkan di bawah seliaan
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, tetapi bermula Mac 2008 JTMK telah ditubuhkan dan
ditempatkan di bangunan Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu, Terengganu. Program yang
ditawarkan oleh jabatan ini ialah:
i. Diploma Teknologi Digital (DDT)
Program pengajian Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) ini menyediakan
pendidikan dan latihan di dalam bidang Pengkomputeran dengan penekanan khusus
pada bidang Teknologi Maklumat. Kursus-kursus yang ditawarkan dikelompokkan
kepada modul seperti Platform Technologies, Computing Foundation, Programming
Essentials, Industry-Led modules dan Industry Domain Cluster yang merujuk kepada
tugas tertentu. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar
untuk mencapai pelbagai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT. Program ini juga
menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh pindah dan kemahiran berbagai
yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Di samping
kursus teknikal, pelajar juga diajar bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian
Islam atau Moral Pendidikan, Ko-kurikulum, dan Inventive Problem Solving untuk
meningkatkan kecekapan mereka dalam soft skills. Oleh kerana program ini memberi
penekanan kepada self-initiated learning dan hands-o
Visi
Menyediakan pendidikan bertaraf dunia serta latihan untuk golongan sub-profesional dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Misi
JTMK berhasrat menyediakan latihan dan pendidikan yang berkualiti sejajar dengan perubahan
teknologi dan permintaan pelanggan melalui kerja berpasukan dan penambahbaikan.
7