Page 12 - Buku Panduan pelajar
P. 12
IV. UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI
Pengenalan
Latihan industri (LI) adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di
semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bagi meningkatkan tahap
mampu kerja para graduan, program LI diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang
diperlukan. Kursus LI memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk
menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya. Kursus
ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi,
komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-
peraturan, perspektif profesional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap
yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk
menjadi pelatih yang cemerlang.
Fungsi Unit Latihan Industri :
i. Bertanggungjawab mengurus hal-hal berkaitan latihan industi pelajar.
ii. Mencari tempat-tempat latihan untuk pelajar.
iii. Menilai kesesuaian tempat dengan pengajian.
iv. Mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan agensi dan pihak industri bagi
mencari kaedah terbaik untuk pelajar mendapat sebanyak mungkin pengalaman dan
pengetahuan dari tempat latihan.
V. UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI
Pengenalan
Unit Psikologi Kerjaya (UPK) telah bertukar nama kepada Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi)
mulai 1 Jun 2017. Unit ini merupakan sebuah unit yang menjalankan perkhidmatan yang
berteraskan tiga aspek utama dalam pembangunan manusia iaitu mental, fizikal dan emosi.
Unit ini merupakan Unit Sokongan Akademik yang berperanan dalam membantu membentuk
pembangunan insaniah. Perkhidmatan yang disediakan adalah berfokuskan kepada
Psikologikal, Kaunseling dan Kerjaya kepada semua warga Politeknik Kuala Terengganu
-
terutamanya pelajar dan staf. Unit ini mempunyai dua orang Pegawai Psikologi dari Sektor
Gunasama Jabatan Perkhidmatan Awam dengan lantikan gred S41. Pegawai Psikologi di
Unit Pengurusan Psikologi juga merupakan kaunselor berdaftar di bawah Peraturan-
peraturan
12