Page 14 - Buku Panduan pelajar
P. 14
VII. UNIT LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN
Pengenalan
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) Politeknik Kuala Terengganu merupakan satu
unit yang bertanggungajawab sepenuhnya merancang program –program latihan untuk seluruh
kakitangan Politeknik sama ada kakitangan akademik atau bukan akademik demi memastikan
pembangunan kecemerlangan staf dapat dipertingkatkan dengan lebih berkesan. Selain itu,
unit ini juga bertanggungjawab menguruskan kursus dan seminar untuk pihak luar serta
penempatan latihan industri bagi pelajar – pelajar IPT lain di PKT.
Visi
Menjadikan kakitangan PKT berpengetahuan seiring dengan perubahan dan perkembangan
dasar – dasar dan teknologi terkini.
Misi
Menjadikan PKT sebuah institusi pilihan yang berdaya saing bagi memenuhi keperluan
industri.
VIII. UNIT PEMBANGUNAN INSTRUKSIONAL DAN MULTIMEDIA
Pengenalan
Unit Pembangunan Intruksional dan Multimedia (UIDM) berfungsi sebagai unit sokongan yang
menyediakan alat - alat bantuan mengajar untuk pensyarah - pensyarah menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. UIDM juga menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang
boleh digunakan oleh semua warga Politeknik Kuala Terengganu bagi menjalankan aktiviti
pada bila-bila masa. Selain itu UIDM menghasilkan video pelaporan yang dinamakan sebagai
PoliTV sebagai medium untuk sebarang liputan bagi pelbagai aktiviti dan program yang
berlangsung di Politeknik Kuala Terengganu.
14