Page 17 - Buku Panduan pelajar
P. 17
7 MAKLUMAT AM DAN SISTEM PEMBELAJARAN DI PKT
7.1. JADUAL KURSUS
Jadual Kursus adalah tertakluk kepada kalendar akademik tahunan yang diedarkan.
7.2. WAKTU PENGAJIAN
Hari-hari pengajian adalah dari hari Ahad hingga Khamis mulai jam 8:00pagi hingga
5:00petang. Masa kuliah adalah tertakluk kepada keadaan.
7.3. KEHADIRAN
Pelajar wajib hadir ke semua kelas, amali (bengkel dan makmal), bimbingan (tutorial) dan
semua aktiviti atau program akademik mengikut jadual kelas atau arahan kursus berkenaan.
7.4. CUTI / PENGECUALIAN KELAS
Kebenaran cuti atau pengecualian kelas boleh dikeluarkan oleh Pengarah sahaja. Pelajar perlu
memohon menggunakan borang permohonan Cuti Khas / Kecemasan yang boleh didapati dari
jabatan masing-masing. Cuti sakit mestilah disertakan dengan Sijil Cuti Sakit dari doktor
kerajaan sahaja (tidak melebihi 2 hari berturut-turut) dan surat akuan doktor swasta adalah
terhad kepada dua hari berturut-turut dan tidak melebihi 8 hari bagi satu semester.
7.5. TIDAK HADIR KULIAH
Pelajar yang tidak hadir kuliah melebihi 3 jam pertama tanpa alasan kukuh serta munasabah
akan diberi surat amaran pertama dan sekiranya tidak hadir dan kehadiran tidak mencukupi
80% tanpa alasan, akan diberi surat tunjuk sebab dan ditahan dari menghadiri peperiksaan
akhir.
7.6. BERHENTI BELAJAR
Pelajar - pelajar boleh diberhentikan jika disabitkan kesalahannya seperti berikut:
i. Melanggar mana-mana peruntukan undang-undang bertulis Politeknik Kuala
Terengganu.
ii. Melakukan kesalahan jenayah dan didapati bersalah oleh Mahkamah Sivil dan
Mahkamah Syariah.
iii. Belajar di institusi lain semasa dalam pengajian di Politeknik.
iv. Gagal dalam peperiksaan iaitu status Gagal Berhenti.
17