Page 18 - Buku Panduan pelajar
P. 18
7.7 BIMBINGAN KHAS
Sekumpulan pelajar akan diletakkan di bawah bimbingan seorang pensyarah yang dipanggil
Penasihat Akademik (PA). Penasihat Akademik berkenaan bertanggungjawab membantu
pelajar dalam hal - hal berkaitan akademik.
7.8 BAYARAN PENGAJIAN
Yuran yang perlu dibayar oleh pelajar adalah seperti berikut (*tertakluk kepada perubahan
semasa) :
Yuran Pengajian
RM 200.00
(Dibayar pada setiap semester)
*Yuran Pelbagai
(untuk pelajar Diploma) RM 600.00
(untuk pelajar Pra - Diploma) RM 150.00
(Dibayar semasa hari pendaftaran politeknik)
7.9 LAWATAN INDUSTRI
Lawatan Industri merupakan salah satu pengisian program jabatan dan ianya bergantung
kepada keadaan, masa dan kesesuaian lawatan tersebut. Lawatan ini bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada pelajar dengan keadaan sebenar di sektor industri, agensi dan juga
jabatan - jabatan kerajaan.
7.10 LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri merupakan kursus yang wajib dijalani oleh semua pelajar. Semasa menjalani
latihan, pelajar akan ditempatkan di firma, agensi dan industri. Mereka akan membuat kerja
atau tugasan seperti yang dilakukan oleh pekerja biasa. Objektif latihan industri ialah:
i. Membina personaliti individu yang positif.
ii. Kebolehan berkomunikasi.
iii. Mengamalkan etika & peraturan kerja yang baik.
iv. Menguasai kemahiran bidang kursus.
18