Page 20 - Buku Panduan pelajar
P. 20
8 KEMUDAHAN DI POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
8.1 PERPUSTAKAAN
Perpustakaan PKT berperanan sebagai pusat penyediaan sumber maklumat pendidikan,
pembelajaran, dan pengajaran khusus kepada pelajar, dan staf PKT. Perpustakaan ini terletak
di bahagian tengah kampus dan menjadi lokasi yang sangat strategik sebagai pusat tumpuan
warga PKT. Dengan keluasan 1,816 meter persegi, ia mampu menampung kapasiti pengguna
seramai 90 orang. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan dan rujukan berdasarkan bidang
pengajian yang ditawarkan di Perpustakaan Politeknik Kuala Terengganu. Jenis koleksi yang
terdapat adalah dari bahan-bahan akademik serta pembacaan ringan. Di samping
kepelbagaian bahan bacaan, perpustakaan ini juga menyediakan pelbagai kemudahan dan
perkhidmatan kepada pengguna. Pada tahun 2014, Perpustakaan PKT mula menggunakan
Sistem Pengurusan Perpustakaan ILMU (Integrated Library Management Utility). Sistem ini
menyediakan OPAC (Online Public Access Catalogue) bagi membantu pengurusan
perpustakaan mengumpul, merekod, menyimpan dan membantu pengguna mencari bahan
bacaan di perpustakaan. Perpustakaan akan dibuka setiap hari sepanjang pengajian termasuk
cuti semester kecuali cuti hujung minggu (Jumaat & Sabtu) dan cuti umum.
Tiada bayaran dikenakan untuk menjadi ahli perpustakaan dan pelajar tertakluk kepada
peraturan Politeknik sepanjang berada di perpustakaan. Keseluruhan koleksi dan kemudahan
perpustakaan adalah seperti berikut:
KOLEKSI KEMUDAHAN
1. Koleksi Umum 1. Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat
2. Koleksi Rujukan 2. Perkhidmatan Sirkulasi
3. Koleksi Terbitan Bersiri (Pinjaman dan Pemulangan)
4. Koleksi Khas 3. Light Reading
• Laporan Tahunan Organisasi Luar (Majalah dan Surat Khabar)
dan Dalam
4. Perkhidmatan Bilik Audio Visual / IT
• Surat Khabar ( New Street Times,
Utusan Malaysia, Berita Harian, 5. U – Pustaka, Perpustakaan Negara
Kosmo, Sinar) Malaysia
• Majalah
20