Page 21 - Buku Panduan pelajar
P. 21
9 KEMUDAHAN -KEMUDAHAN LAIN
Kemudahan lain yang terdapat di PKT ialah:
• Surau
• Perpustakaan
• Kafeteria
• Kedai Koperasi
• Gimnasium
• Bilik Aktiviti pelajar
• Makmal Komputer
• Makmal Kejuruteraan Elektrik
• Makmal Teknologi Maklumat
• Bengkel Amali
• Dewan
• Ruang rehat (Anjung Ilmu dan Dataran Ilmu)
• Kenderaan Rasmi Politeknik untuk kemudahan lawatan atau aktiviti politeknik, kelab
dan persatuan.
10 KEGIATAN SUKAN/ RIADAH
Pelajar boleh melibatkan diri secara aktif dengan menjadi ahli kepada mana-mana persatuan
atau kelab sukan yang diminati. Peralatan sukan, gimnasium dan kemudahan sukan yang lain
ada disediakan untuk kegunaan pelajar. Keterangan lanjut boleh didapati daripada Jabatan
Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan.
11 RAWATAN PERUBATAN
Pelajar yang memerlukan rawatan di Hospital Kerajaan boleh mendapatkan Surat Rawatan
Hospital di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKT. Dengan surat tersebut, pelajar akan mendapat
rawatan pesakit luar secara percuma dan sekiranya dimasukkan ke wad, pelajar akan layak ke
wad kelas kedua. Bagi kes - kes kecemasan, pelajar boleh mohon kerjasama pensyarah,
Penasihat Akademik atau Pegawai Hal Ehwal Pelajar untuk mendapatkan pengangkutan
segera ke hospital.
21