Page 19 - Buku Panduan pelajar
P. 19
Semua latihan pelajar akan berada dibawah tanggungjawab firma, agensi dan industri yang
berkenaan. Segala aktiviti harian pelajar hendaklah direkodkan di dalam Buku Laporan Harian
Latihan Industri. Buku tersebut hendaklah diserahkan untuk semakan pensyarah semasa
pelajar melapor diri selepas tamat latihan.
Tempoh latihan adalah selama satu semester iaitu pada semasa semester terakhir pengajian
bagi Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi. Dalam tempoh itu,
pelajar akan diperhatikan dari beberapa aspek seperti sahsiah, kompetensi, dan pencapaian.
Di akhir latihan pula, pihak firma, agensi dan industri yang berkenaan akan membuat laporan
tentang prestasi keseluruhan pelajar setelah tamat menjalani latihan industri.
7.11 KESELAMATAN PELAJAR
Semasa berada di kawasan Politeknik Kuala Terengganu, keselamatan serta harta benda
pelajar adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri. Pelajar dinasihatkan supaya membaca
dan memahami segala peraturan dalam Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar.
7.12 KAD PELAJAR
Pelajar DIWAJIBKAN memakai kad pelajar sepanjang berada di dalam kawasan kampus.
Sebarang kehilangan hendaklah dilapor segera ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKT dan bayaran
proses akan dikenakan bagi setiap penggantian kad.
7.13 BANTUAN KEWANGAN
i. PKT TIDAK MENYEDIAKAN biasiswa atau sebarang bantuan kewangan. Walau
bagaimanapun, pelajar boleh memohon biasiswa / bantuan kewangan melalui PKT atau
memohon sendiri daripada mana-mana penaja.
ii. Pelajar bertanggungjawab menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara
hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.
iii. Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya (jika
layak) memohon biasiswa / pinjaman dari Yayasan Negeri masing-masing sebelum
mendaftar diri di PKT.
iv. Pelajar boleh memohon pinjaman pendidikan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN).
19