Page 15 - Buku Panduan pelajar
P. 15
IX. UNIT SISTEM MAKLUMAT
Pengenalan
Unit Sistem Maklumat (USM) bertanggungjawab memperkasa sistem aplikasi, memantapkan
insfrastruktur dan infostruktur, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan sokongan pengguna.
Dedikasi staf yang tidak berbelah bahagi dan sokongan padu yang diterima daripada
pengurusan Politeknik, USM akan memastikan komitmen secara berterusan bagi memastikan
perkhidmatan ICT Politeknik Kuala Terengganu berada di tahap optimum dan cemerlang.
X. UNIT PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
Pengenalan
Unit Pembangunan dan Senggaraan berperanan merancang dan menyelaraskan projek
pembangunan dan penyelenggaraan fasiliti serta infrastruktur di samping menjalankan kerja -
kerja penyelenggaraan aset seperti kenderaan jabatan, penghawa dingin, mesin fotostat dan
sebagainya. Kerja penyelenggaraan dilaksanakan sama ada secara terus atau melalui khidmat
kontraktor yang diselia oleh Penolong Jurutera di dalam bidang yang berkaitan.
Visi
Perkhidmatan yang mesra pelanggan terhadap setiap laporan kerosakan dan tindakan
penyelenggaraan dan pembangunan yang memberi keselesa kepada pelanggan
Misi
Unit yang efektif dalam melaksanakan kerja pembangunan dan penyelenggaraan.
XI. UNIT KECEMERLANGAN AKADEMIK
Pengenalan
Unit Kecemerlangan Akademik (UKA) ditubuhkan pada tahun 2007 dikenali dengan Unit
Kualiti. Fungsi utamanya mengurus pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di PKT. UKA
berperanan merancang, melaksana dan memantau keberkesanan pelaksanaan jaminan
kualiti akademik dan program - program berkaitan pengurusan kualiti serta mengamalkan
penambahbaikan secara berterusan ke arah merealisasikan visi, misi dan dasar kualiti PKT.
15