Page 10 - Buku Panduan pelajar
P. 10
5 SOKONGAN AKADEMIK
I. JABATAN HAL EHWAL PELAJAR.
Pengenalan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) PKT bertanggungjawab dalam kerja-kerja berkaitan dengan
proses pengambilan pelajar seperti pemohonan, pendaftaran, menyimpan dan mengemaskini
rekod pelajar. Jabatan ini juga bertanggungjawab memantau disiplin pelajar di samping
memberi khidmat sokongan kepada pelajar dalam mendapatkan pinjaman atau biasiswa serta
menguruskan perlindungan insuran takaful secara berkelompok. Setiap tahun JHEP akan
mengadakan Pilihanraya Kampus Majlis Perwakilan Pelajar bagi melantik dan menguruskan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) iaitu satu badan organisasi tertinggi pelajar di setiap Institusi
Pengajian Tinggi. Selain itu, JHEP juga ada menjalankan kaji selidik berkaitan Minggu Suai
Kenal (MSK) dan beberapa perkhidmatan lain bagi memastikan kebajikan pelajar terjamin
sepanjang tempoh berada di PKT.
Visi
Berazam Menjadi Jabatan Sokongan Yang Berkesan dalam Pengurusan Pendaftaran, Minggu
Suai Kenal, Kebajikan dan Disiplin Pelajar
Misi
Melaksanakan proses pendaftaran pelajar baharu dan lama, melaksanakan Minggu Suai
a
k
–
t
v
Kenal (MSK), menguruskan kebajikan dan disiplin serta aktiviti iti pelajar berlandaskan
i
kepada piagam pelanggan.
II. UNIT PEPERIKSAAN
Pengenalan
Unit Peperiksaan merupakan sebuah Unit Sokongan Akademik yang bertanggungjawab
untuk merancang, mengurus dan melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan
penyelarasan dan mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan aktiviti-
aktiviti peperiksaan dan persijilan serta penilaian pelajar berpandukan kepada garis
panduan dan peraturan penilaian yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pentaksiran &
Persijilan, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dari semasa ke semasa. Unit
ini juga diamanahkan untuk memastikan segala aspek berkaitan dengan memberi panduan
mengenai pembelajaran, penilaian,
10