Page 9 - Buku Panduan pelajar
P. 9
4.4 JABATAN PENGAJIAN AM (JPA)
Pengenalan
Jabatan Pengajian Am (JPA) merupakan salah satu jabatan sokongan di Politeknik Kuala
Terengganu, berfungsi untuk membekalkan pelajar pengetahuan tentang pengajian umum,
bertempat di aras dua, bangunan Jalan Engku Sar, Kuala Terengganu. Jabatan ini mempunyai
pensyarah yang berlatar belakang dalam bidang Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. JPA
bermatlamat untuk membentuk sahsiah dan ketrampilan pelajar yang berlandaskan ajaran
Islam, melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut emosi, rohani, intelektual serta memiliki
akhlak yang mulia serta meningkatkan penguasaan dan kebolehan berbahasa Inggeris agar
mampu bersaing di peringkat global.
Visi
JPA PKT beriltizam untuk menjadi jabatan yang cemerlang dalam melahirkan graduan yang
berketrampilan, berakhlak mulia, berdaya saing dan bertanggungjawab.
Misi
JPA PKT komited menyediakan pendidikan dan latihan yang berkualiti bagi melahirkan graduan
yang bersahsiah luhur, berketrampilan dan berkebolehan berbahasa melalui pengurusan
strategik dan tadbir urus terbaik berlandaskan jaminan kualiti berterusan.
9