Page 6 - Buku Panduan pelajar
P. 6
4 JABATAN AKADEMIK
4.1 JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE)
4 . JABATAN AKADEMIK
Pengenalan
Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) merupakan jabatan induk yang pertama ditubuhkan di
Pengenalan
Politeknik Kuala Terengganu. Dengan rasminya ia telah ditubuhkan pada 1 Januari 1999 di
bawah konsep kampus dalam kota. Terdapat dua Program yang ditawarkan pada masa
sekarang iaitu :
masa
i. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) – DEP.
sekarang iaitu :
Program DEP mula ditawarkan pada Jun 2010. Program ini menyediakan pelajar
dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan elektrik dan
elektronik. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, memuat kerja
projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Sehingga
akhir tahun 2017 sebanyak sebelas (11) batch telah tamat pengajian dalam program
DEP. Program DEP ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada MQA (Malaysian
Qualification Agency) pada tahun 2012.
ii. Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik – DEE.
Program DEE pula mula ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PKT pada Jun
2014. Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran
dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang boleh digunakan dalam
pelbagai kerjaya khususnya dalam sektor penjanaan kuasa dan industri pembuatan.
Sehingga akhir tahun 2017 jabatan telah mempunyai lapan (8) batch pelajar dalam
program ini. Program DEE ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada MQA
(Malaysian Qualification Agency) pada tahun 2017.
Misi
Misi utama jabatan adalah untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional dalam bidang
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta
melalui penggembelengan tenaga secara profesional dan bersepadu dengan sistem
pendidikan yang sistematik dan berkualiti. Ini bersesuaian dengan hasrat jabatan yang ingin
melahirkan pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap dan cemerlang sama ada
dari segi teori mahupun kemahiran, selain ketrampilan dan sahsiah diri yang terbaik.
6