Page 8 - Buku Panduan pelajar
P. 8
4.3 JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER (JMSK)
Pengenalan
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) merupakan sebuah jabatan sokongan
akademik dan pelengkap program di jabatan induk. Jabatan ini menawarkan satu program pra
– Diploma iaitu program Pra Sains bagi membolehkan calon mendapat akses kepada program
yang ditawarkan di Politeknik, tertakluk kepada syarat – syarat kemasukan yang telah
ditetapkan dan seterusnya memberi peluang kedua kepada mereka merebut peluang
pekerjaan yang diwujudkan untuk meningkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga.
Visi
JMSK bertekad untuk menjadi pusat perkembangan bagi kursus Matematik, Sains & Komputer
bagi merealisasikan Politeknik Kuala Terengganu sebagai institusi TVET yang berkualiti dalam
melahirkan modal insan holistik dan menjadi pilihan utama industri menjelang 2020.
Misi
Menghasilkan tenaga kerja separa professional dalam bidang kejuruteraan Elektrik dan
Teknologi Maklumat bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta melalui
penggembelengan tenaga secara professional dan bersepadu dengan sistem pendidikan yang
sistematik dan berkualiti. Ini bersesuaian dengan hasrat jabatan yang ingin melahirkan pelajar
yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap dan cemerlang sama ada dari segi teori
mahupun kemahiran, selain ketrampilan dan sahsiah diri yang terbaik.
8