Page 3 - Isu-Isu Ekonomi Semasa dan Implikasinya
P. 3
Sejak pemerintahan Deng Xiaoping pada
tahun 1979 China telah mengalami
perkembangan ekonomi yang pesat berikutan
tindakan beliau mereformasikan sektor
ekonomi negara tersebut kepada sistem
ekonomi pasaran bebas dan menyebabkan
kemunculan pelbagai kapitalis cina seperti
fabrik eksport, bursa saham dan perusahaan
asing. Ditambah lagi dengan bentuk bumi
serta keluasan tanah negara tersebut yang
mengalami pelbagai iklim. Begitu juga dengan
jumlah penduduk yang ramai untuk menjadi
buruh sehingga menarik minat pelabur-
pelabur asing untuk mendirikan kilang di Cina
menerusi dasar pintu terbuka yang turut
diperkenalkan. Hal itu mencetuskan
tanggapan terhadap Cina sebagai lombong
emas. Kepesatan kegiatan perindustrian yang
berlaku di dalam negara tersebut telah
menurunkan tawaran sehingga terus menjadi
perhatian utama oleh pelabur asing..