Page 5 - Isu-Isu Ekonomi Semasa dan Implikasinya
P. 5
1)Situasi negara-negara pengeluar minyak
-Sepuluh pengeluar minyak terbesar dunia : Rusia, Arab Saudi, Amerika Syarikat, China, Kanada,
Iraq, Iran, Mexico, Venezuela dan Emiriah Arab Bersatu.
-Kira-kira 62% bekalan minyak dunia ada di Timur Tengah dan berpusat di lima negara : Arab
Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Iraq dan Kuwait.
-Akibat konflik yang berlaku di negara-negara timur tengah, produksi petroleum yang maksimum
tidak dapat dicapai.
2)Dasar negara OPEC
-OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries) memegang jawatan penting sebagai
sebuah medium yang mempengaruhi jumlah bekalan dalam perdagangan minyak dunia.
-Persidangan-persidangan OPEC dan komen-komen yang dikeluarkan oleh pihak atasan menjadi
faktor yang boleh mencetuskan perubahan harga minyak.
-Perubahan kapasiti pengeluaran setiap negara adalah disebabakan konflik geopolitik yang kadang-
kadang muncul sekaligus menjadi faktor-faktor yang bermain dalam pembentukan trend harga
minyak dunia.
3)Penurunan kadar nilai mata wang Amerika Syarikat (AS)
-Menurut Teguh Sihono (2011), krisis kewangan yang berlaku di AS menyebabkan harga saham
global jatuh dan melemahkan kadar mata wang America Syarikat.
-Pembelian minyak dikaitkan dengan penggunaan mata wang Amerika Syarikat, ini bermakna
sekiranya terdapat sebarang penurunan mata wang negara tersebut, pastinya ia akan menjejaskan
nisbah keuntungan yang bakal diterima oleh negara pengeluar minyak.