Page 8 - Isu-Isu Ekonomi Semasa dan Implikasinya
P. 8
KESAN POSITIF
Penjimatan dari penurunan harga petrol dan diesel akan meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable
income) rakyat
-Mengikut Laporan Penyiasatan Perbelanjaan isi Rumah, setiap isi rumah secara puratanya membelanjakan
Rm216.30 setiap bulan untuk petrol dan diesel (termasuk minyak pelincir untuk servis kereta)
-Jika harga runcit petrol dan diesel di stesen minyak semakin menurun untuk bulan-bulan yang akan datang
perbelanjaan untuk petrol dan diesel juga sepatutnya menurun dan ini akan menambah lebihan wang dialam
poket isi rumah dan boleh disalurkan untuk perbelanjaan lain atau menambahkan simpanan seisi rumah.
SUMBER-SUMBER ALTERNATF
Pengenalan
-Penggunaan sumber tenaga petroleum dengan banyak, bukan sahaj menyebabkan sumber tenaga habis dengan
cepat malah juga akan mencemarkan alam. Oleh yang demikian, sumber-sumber baru perlu dicari.
-Tenaga berasal daripada perkataan Yunani iaitu keupayaan dan kemampuan. Alternatif bermaksud satu pilihan
antara dua kemungkinan.
-Tenaga alternatif merujuk kepada tenaga yang boleh diperbaharui tanpa memberi kesan kepada tenaga yang
tidak dapat diperbaharui.
-Tenaga alternatif juga digunakan untuk menggantikan sumber tenaga yang lama kerana kesan sampingannya.
1)Kuasa HIdroelektrik
-Malaysia mempunyai banyak sungai dan mengalami hujan yang banyak sepanjang tahun.
-Hal ini membolehkan negara kita berpotensi untuk menjana kuasa hidroeletrik.
-Bekalan air yang berterusan membolehkan sumber tenaga ini tidak akan pupus.
-Dengan membina empangan kita bukan sahaja dapat menjana tenaga eletrik malah menjamin bekalan air yang
mencukupi.
-Penggunaan petrol digantikan dengan kuasa hidroelektrik untuk mengoperasi motor pam air bagi mengairi
kawasan pertanian.
-Contoh : Empangan Bakun, Sarawak dan Empangan Tasik Kenyir, Terengganu.