Page 108 - TER Chamang final draft
P. 108
Dihanyutkan arus deras
Keseluruhan kawasan TER Chamang tidak mempunyai masalah kemudahan yang serius. Selain itu, dirian
pokok juga dikenal pasti mempunyai risiko tumbang dan dahan patah yang sederhana. Hanya sebahagian
kemudahan rosak dan pokok tumbang dikenal pasti. Masalah utama yang dilihat dari kemudahan rosak dan
pokok tumbang ini ialah kurang penyelenggaraan. Sebahagian kemudahan rosak tidak diperbaiki, dan ada
kemudahan rosak sepenuhnya yang ditinggalkan begitu sahaja. Data temu duga menunjukkan kurangnya
penyelenggaraan dan pembaikan disebabkan oleh kekurangan staf, dan kurang penyeliaan kerana
kekurangan peruntukan kewangan. Hasil temu duga juga menunjukkan pembaikan dan penyelenggaraan
dibuat berdasarkan aduan pengunjung.
Contoh papan maklumat risiko.
Pokok tumbang dan kemudahan yang terbiar/rosak dan tidak diselenggara
101