Page 110 - TER Chamang final draft
P. 110
Kawalan Risiko Covid-19
Ancaman wabak pandemik Covid-19 telah memberi impak yang sangat dahsyat kepada sektor ekopelancongan
seluruh dunia dan tidak terkecuali Malaysia. Sebagai salah satu destinasi ekopelancongan, kawasan TER
turut terkesan apabila kurang menerima pengunjung. Kemerosotan pengunjung boleh merencatkan kutipan
hasil oleh Jabatan Perhutanan dan membantutkan usaha pengurusan risiko pada masa akan datang. Bagi
membantu pengunjung cuba mendapatkan peluang pengalaman rekreasi, kawalan risiko jangkitan Covid-19
perlu dibangunkan untuk kawasan TER.
Kawasan TER secara relatifnya adalah lebih selamat berbanding kawasan-kawasan pelancongan lain yang
tertutup. Keadaan terbuka boleh mengurangkan kemungkinan jangkitan. Akan tetapi, pengunjung tetap
perlu mematuhi SOP yang disediakan.
Secara prinsipnya, risiko jangkitan Covid-19 di kawasan TER boleh dikurangkan menerusi kaedah penilaian
maklumat tahap kesihatan pengunjung dan penyediaan perkhidmatan bersifat kendiri (privacy). Cadangan
kawalan risiko utama adalah membangunkan sistem pendaftaran permit masuk secara atas talian. Maklumat
sejarah perjalanan, sejarah kontak rapat, gejala sakit, status vaksinasi, dan maklumat lawatan ke TER, hendaklah
dilengkapkan terlebih dahulu. Proses permohonan atas talian dicadangkan dilengkapkan sekurang-kurangnya
sehari sebelum tarikh lawatan. Kelulusan permit masuk kawasan TER bergantung kepada maklumat yang
dilengkapkan. Walau bagaimanapun, perlaksanaan cadangan ini tetap perlu merujuk Enakmen Perhutanan
Negeri Pahang dan Kaedah-Kaedah Hutan Negeri Pahang. Berikut adalah carta alir SOP mengikut cadangan
kawalan risiko yang diberikan:
Selain dari cadangan tersebut, perkhidmatan TER juga boleh mengetengahkan perkhidmatan berbentuk
kendiri (privacy) – penggunaan kemudahan tertentu yang ditempah secara tidak berkongsi (cth: pondok
gazebo, tapak perkhemahan/perkelahan khusus untuk pengunjung yang membuat tempahan sahaja). Kaedah
ini memberi lebih ruang peribadi kepada pengunjung sekali gus mengurangkan kemungkinan interaksi fizikal.
Antara kaedah lain di bawah prinsip ini adalah mengehadkan jumlah pengunjung pada satu-satu masa,
menambah kemudahan awam gunasama (tandas, pondok rehat), dan mengehadkan jumlah penggunaan
kemudahan awam guna sama.
Sebagai langkah pengurusan kecemasan, TER perlu ditutup jika ada pengunjung/staf yang didapati positif
Covid-19 terlepas masuk ke kawasan TER sehingga proses sanitasi selesai. Proses penyampaian maklumat
risiko adalah amat penting dan mustahak dalam membendung risiko jangkitan Covid-19.
103