Page 104 - TER Chamang final draft
P. 104

Lemas

                 Melihat kepada kesan risiko  lemas  dan dihanyutkan  arus deras yang terlalu dahsyat,  insiden  ini  perlu
                 ditangani dengan sebaiknya. Secara amnya, kawasan TER Chamang mempunyai risiko  semula  jadi yang
                 sangat tinggi – kawasan air terjunnya mempunyai isi padu air yang sangat tinggi, kelebaran sungai yang
                 sederhana kecil, dan arus sungai yang sangat deras. Tambahan pula, sekatan air untuk tujuan hidrologi di
                 air terjun sedikit sebanyak menyumbang kepada halaju air yang tinggi. Ciri-ciri semula jadi ini menjadikan
                 faktor risiko semula jadi sebagai FAKTOR RISIKO YANG SANGAT PENTING (skala 4).


                 Berdasarkan kajian lapangan, data temu duga, dan data sekunder, terdapat dua kolam utama di TER Chamang
                 – kolam bawah yang berkedudukan jauh dari air terjun, dan kolam bahagian atas yang terletak di kaki air
                 terjun besar. Kejadian lemas banyak berlaku di kolam bahagian atas TER Chamang.













































                                                                                                                              Gambar  2: a – d. Kawasan kolam berbahaya di kaki air terjun Sungai Perting. Gambar c diambil dari sudut
                                                                                                                              tanjung berbatu menghadap pintu masuk TER Chamang.

                                                                                                                              Hasil analisis berdasarkan accident causation analysis, sikap pengunjung telah dikenalpasti sebagai salah satu
                                                                                                                              faktor utama kejadian mati lemas dan dihanyutkan arus deras. Walau bagaimanapun, punca bagi risiko ini
                                                                                                                              tidak terhad kepada faktor risiko pengunjung sahaja, bahkan juga penyediaan kemudahan, pengurusan, dan
                                                                                                                              semula jadi seperti dijelaskan sebelum ini. Dari aspek kemudahan, kewujudan anak tangga dan papan amaran
                                                                                                                              yang kurang berkesan boleh menjadi salah satu faktor risiko lemas. Dari aspek pengurusan, kekurangan staf
                                                                                                                              untuk membuat pemantauan boleh menyumbang kepada kejadian pengunjung ke zon bahaya kejadian
                                                                                                                              lemas dan berarus deras.








                 97
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109