Page 102 - TER Chamang final draft
P. 102

Berdasarkan  analisis yang  dijalankan,  lemas dan  dihanyutkan  arus  deras  dinilai sebagai  insiden yang
                 ‘berisiko tinggi’. Kejadian ini boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Kejadian dilanda fenomena kepala air,
                 diserang binatang berbisa, dan tergelincir ke sungai pula dinilai sebagai ‘berisiko’. Berbanding semua jenis
                 risiko, beberapa insiden dinilai sebagai ‘boleh diterima’ seperti hypothermia, luka disebabkan kegagalan
                 kemudahan (faulty), dan vandalisme.

                 Semakan data insiden di TER-TER di negeri Pahang juga menunjukkan sebanyak sembilan kes kematian
                 disebabkan lemas berlaku di TER Chamang (Jadual 7). Daripada statistik ini, kes kematian tertinggi direkodkan
                 pada tahun 2019.


                                      Jadual 7: Jumlah kematian dalam kejadian lemas mengikut tahun

                                                                    Jumlah kematian dalam
                                               Tahun
                                                                         kejadian lemas
                                                2015                            1

                                                2016                            1

                                                2017                            1

                                                2018                            2

                                                2019                            4





                 Penilaian penuh kejadian lemas dan dihanyutkan arus deras

                 Carian maklumat di akhbar juga menemukan beberapa maklumat tambahan berkenaan kejadian lemas di
                 TER Chamang. Terdapat juga beberapa maklumat di media alternatif (Gambar 1).


                 Terdapat ketidakseragaman dalam data dari pihak JPNP dan apa yang dilaporkan pihak media. Penilaian atas
                 kedua-dua data ini menunjukkan kejadian ‘lemas’ dan ‘dihanyutkan arus deras’ adalah insiden yang boleh
                 dikategorikan sebagai ‘TERLAMPAU BERISIKO’ (skala 5).



                                                                                                                             Gambar 1: Tangkap layar laporan media berkenaan kejadian lemas di TER Chamang yang tiada dalam
                                                                                                                             pelaporan JPNP.





















                 95
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107