Page 98 - TER Chamang final draft
P. 98
Maka, pengurusan risiko bagi aktiviti rekreasi luar hendaklah menggunakan model yang seimbang Pengurusan Risiko Sebagai Pematuhan Mandat Undang-undang
antara risiko dan manfaat – keselamatan pengguna terjaga, dan tidak meluputkan peluang pengalaman.
Penyediaan pelan pengurusan risiko bagi aktiviti rekreasi luar dan di destinasi ekopelancongan adalah perlu Penyediaan pelan pengurusan risiko, samada risiko keselamatan dan kecederaan, ekonomi dan kelangsungan
bagi memastikan pengunjung berasa selamat, destinasi akan terus menerima pengunjung, dan melindungi komuniti, atau impak kepada sumber alam, adalah tanggungjawab yang termaktub di dalam undang-undang.
pemilik kawasan/penyedia perkhidmatan dari tindakan undang-undang. Model ini akan digunakan dalam
penyediaan pelan pengurusan risiko di Taman Eko-Rimba (TER) Chamang. Dari perspektif keselamatan dan kecederaan, setiap penawar atau pengendali ekopelancongan adalah pemilik
sesuatu risiko, dan bertanggungjawab untuk memastikan semua pengunjung (termasuk staf yang digajikan)
dilindungi daripada sebarang risiko pada kadar yang sewajarnya. Hal ini dijelaskan menerusi Seksyen 16, 17,
dan 18, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Seksyen 21 Akta Industri Pelancongan
1992 (Akta 482) pula menyatakan keperluan untuk pengendali aktiviti pelancongan mengurus risiko yang
berkaitan ke atas semua pelanggan mereka.
Selain pematuhan undang-undang, pengurusan risiko juga adalah gambaran tanggungjawab profesional
serta moral terhadap pengunjung TER Chamang.
Pendekatan dan Kaedah Menyediakan Pelan
Proses penilaian risiko di TER Chamang dibuat mengikut tiga langkah utama seperti yang dicadangkan
oleh Barton (2007). Tiga langkah tersebut digambarkan seperti pada Rajah 21. Kesemua langkah ini adalah
eksklusif antara satu sama lain dan perlu sentiasa dijalankan pada selang masa tertentu untuk menambah
baik pelan pengurusan risiko sedia ada.
Rajah 20: Risiko vs keselamatan adaptasi dari Haddock (1993).
Objektif Pelan
Pelan pengurusan risiko ini disediakan atas objektif-objektif berikut:
1. Membantu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mengenalpasti dan menilai kepelbagaian risiko yang
wujud di TER Chamang.
2. Mencadangkan kaedah dan strategi kawalan risiko yang seimbang dan wajar bagi kepelbagaian
punca risiko di TER Chamang. Rajah 21: Pendekatan kajian dan penyediaan pelan pengurusan risiko.
91