Page 97 - TER Chamang final draft
P. 97

TINDAKAN 3:


                      PENGURUSAN RISIK O REKRE ASI



                   Pengenalan


                                                                                                   Risiko - Satu Istilah; Dua Makna Berbeza



                   Risiko adalah satu konsep yang menggambarkan potensi untuk kehilangan ‘sesuatu’ yang                                        Risiko juga boleh memberi pulangan nilai positif, termasuklah dalam aktiviti rekreasi luar
                   dianggap bernilai oleh individu (Renn, 2008). Kehilangan ini boleh merujuk kepada keadaan                                   (Gstaettner et al., 2018). Aktiviti rekreasi berisiko tidak boleh dijangka, seterusnya memberi
                   fizikal, mental, sosial, ataupun secara ekonomi. Secara khususnya, apa-apa bentuk kecederaan                                banyak  nilai positif kepada  pengguna.  Nilai positif ini boleh meningkatkan  kemampuan
                   fizikal kepada manusia, kerosakan harta atau kesan negatif kepada alam sekitar dan harta                                    membuat  keputusan,  meningkatkan  keyakinan  diri,  kesihatan  fizikal,  atau  kepuasan  diri.
                   benda sekeliling, impak perundangan, dan konflik yang mungkin berlaku adalah satu bentuk             Negatif      Positif   Aktiviti rekreasi tanpa unsur risiko pula boleh dijangka yang menyebabkan individu tidak
                   risiko.                                                                                                                     berasa teruja apabila mengikuti sesuatu aktiviti.














                   Aktiviti rekreasi luar di kawasan alam semula jadi dan destinasi ekopelancongan juga mempunyai pelbagai
                   jenis risiko sedia  ada  yang  tidak  dapat  dielakkan  (inherent risk).  Kajian  menunjukkan  risiko komersil,
                   perundangan,  perubatan  dan  kesihatan,  operasi,  fizikal,  dan  sosial  boleh  wujud  di  sepanjang  rantaian
                   perbekalan dalam sektor rekreasi dan ekopelancongan (UNWTO, 2014).


             Antara risiko yang sinonim dalam aktiviti rekreasi luar dan ekopelancongan di kawasan semula jadi adalah risiko
             fizikal, sosial, dan kesihatan. Risiko-risiko ini boleh hadir dalam bentuk kecederaan, keselamatan, kematian, dan
             kemusnahan/kerugian harta benda (Gstaettner et al., 2018; Haegeli & Pröbstl-Haider, 2016).



























                                                                                                                                     Rajah 19: Rantai perbekalan umum bagi sektor pelancongan (UNWTO, 2014). Pelbagai
                                                                                                                                     bentuk risiko wujud di sepanjang rantaian perbekalan ini.




                                                                                                                                                                                                                                   90
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102