Page 17 - PELAN INDUK PEMBANGUNAN TAMAN EKO RIMBA LENTANG (DRAFT)
P. 17
SEJARAH KAWASAN
Taman Eko Rimba ini yang lebih
dikenali sebagai Sungai Lentang ini
ditubuhkan selaras dengan Dasar
Perhutanan Negara (1978) (Pindaan
1992) yang memberi peruntukan
sejumlah kawasan bagi tujuan rekreasi
dan ekopelancongan. Taman Eko
Rimba Lentang ini ditubuhkan sekitar
tahun 1970an dengan keluasan lebih
kurang 24ha.
Apabila Lebuhraya KL-Karak dibuka pada 7 Januari 1978, ia telah
memendekkan masa perjalanan dari kawasan Gombak ke bandar-
bandar di Pahang. Pembukaan lebuhraya ini juga membuka pintu
akses kepada Hutan Lipur Lentang yang terletak di pinggir laluan
lebuhraya baharu ini. Sejak awal penubuhan, Taman Eko Rimba
Gambar 1: Lebuhraya KL-Karak tahun 1978
(penjenamaan semula hutan lipur) Lentang ini digemari ramai
sebagai kawasan persinggahan bagi pengguna Lebuhraya ini dan
kemudiannya pengguna Lebuhraya Pantai Timur yang mula
dibuka pada tahun 2007. Ramai pengguna lebuhraya terutama
pemandu kenderaan berat yang akan berhenti di TER ini untuk
berehat dan membersihkan diri.
Terletak di Kompartmen 4 dan 27 Hutan Simpan Lentang, TER ini
menjadi terkenal dengan kejernihan air Sungai Perting. Dalam
Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020, ia telah
mensasarkan TER Lentang sebagai salah satu destinasi berpotensi
untuk ekopelancongan di negeri Pahang.
Begitupun, kerana sinonim dengan lebuhraya dan Pekan Karak,
TER Lentang ini mempunyai reputasi untuk tidak sesuai untuk
beriadah bagi kelompok pelawat biasa. Banyak kisah mistik dan
bencana alam yang berlaku juga tidak membantu dalam
merancang untuk membangunkan TER ini. Penyediaan TER ini
diharap akan menjadi titik tolak untuk menukar posisi
(re-positioning) TER ini kepada sebuah destinasi ekopelancongan
yang menarik ramai pelawat.
Gambar 2: Ter Lentang circa 1980an
2
11