Page 50 - PELAN INDUK PEMBANGUNAN TAMAN EKO RIMBA LENTANG (DRAFT)
P. 50

Tindakan 3: Menetapkan indikator dan standard
               Memastikan standard kapasiti pelawat sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan adalah bertujuan untuk memastikan tahap impak dan kualiti pengalaman pelawat berada pada tahap yang diinginkan. Tindakan, justifikasi dan
               output bagi strategi ini adalah seperti berikut:


                               Tindakan                                                                         Justifikasi/Kaedah                                                                        Output
                 Memastikan  standard yang  sentiasa  Membangunkan protokol kawalan bagi setiap standard yang telah ditetapkan                                                             Protokol   kawalan    impak    aktiviti
                 pada tahap yang telah ditetapkan                                                                                                                                          dibangunkan
                                                          Penetapan standard bagi tahap impak rekreasi yang boleh diterima adalah satu keperluan sumber rekreasi. Nanum begitu, penetapan kepasiti
                                                          pelawat akan lebih efektif sekiranya kapasiti tersebut dibangunkan bersama protokol kawalan impak. Pembangunan protokol kawalan bagi setiap
                                                          impak dapat adalah sangat perlu dalam memastikan impak sentiasa berada pada yang ditetapkan (standard).

                                                          Protokol kawalan (monitoring protocol) perlu dijalankan di kesemua kawasan-kawasan tarikan yang terdapat di setiap zon.

                                                          Berikut adalah kaedah protokol kawalan bagi kesemua tarikan yang terdapat di setiap zon:

                                                            i.   Merekodkan kadar hujan, jenis spesies flora dan fauna, topografi, jenis tanah dan kualiti air dikesemua kawasan tarikan, denai-denai dan
                                                                 kawasan perkhemahan
                                                            ii.   Merekodkan jumlah pengguna dan jumlah hari penggunaan bagi kesemua kawasan tarikan termasuk denai-denai semulajadi dan kawasan
                                                                 tapak perkhemahan
                                                           iii.   Menjalankan pemeriksaan ke atas perubahan yang berlaku ke atas fasiliti-fasiliti yang disediakan dikesemua zon
                                                           iv.   Pemerikaan dan kerja-kerja merekod maklumat yang dinyatakan ini adalah perlu dijalankan setiap 6 bulan di kesemua tarikan

                                                          Berikut adalah merupakan protokol kawalan tambahan bagi kesemua denai-denai semulajadi:

                                                            i.   Merekodkan perubahan fizikal denai termasuklah kelebaran muka denai, kedalaman, luas kawasan berlumpur, luas kawasan akar yang
                                                                 terdedah, kehilangan vegetasi dipinggir denai dan peratusan pembukaan kanopi disepanjang denai
                                                            ii.   Berikut adalah merupakan protokol kawalan tambahan bagi kesemua kawasan perkhemahan
                                                           iii.   Merekodkan perubahan fizikal kawasan tapak perkhemahan termasuklah saiz kawasan, pembukaan kawasan, jenis/spesies vegetasi dan
                                                                 kualiti air

                 Menjalankan kajian berterusnya           Penetapan kapasiti pelawat melalui penetapan indikator dan standard adalah bersifat berterusan.  Kajian-kajian berterusan perlu dijalankan bagi  Pewujudkan bank data yang lengkap
                 berkenaan perubahan perilaku             mengenalpasti tahap efektif implementasi indikator dan standard bagi kapasiti pelawat di TER Lentang. Kapasiti pelawat boleh berubah mengikut  berkenaan tahap efektif kapasiti pelawat
                 pengguna untuk mengenalpasti             perubahan jangkaan dan kehendak pelawat. Kapasiti pelawat juga boleh berubah disebabkan oleh faktor fizikal sumber dan keperluan pengurusan.  yang ditetapkan
                                                          Disamping itu, terdapat  keperluan dalam  menentukan kapasiti pelawat yang  lebih  komprehensif berdasarkan  maklumat tepat berkenaan
                 tahap efektif indikator dan standard
                                                          perubahan sumber dan pelawat yang berlaku dilapangan. Kapasiti pelawat yang telah ditentukan melalui kajian ini adalah kapasti awalan yang
                 dalam mencapai objektifnya.
                                                          memerlukan pemerikasaan dari masa ke samasa. Oleh yang demikian, kajian tersebut perlu dijalankan pada setiap tempoh 2 tahun  dalam
                                                          memastikan kapasiti pelawat yang ditetapkan adalah bertepatan dengan objektifnya. Antara kajian-kajian yang perlukan dijalankan adalah:

                                                            i.   Kajian Kualiti Pengalaman Pelawat
                                                            ii.   Kajian Impak Aktiviti Pelawat















                                                                                                                                                                                                                        44
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55