Page 129 - SP2021
P. 129
ULASAN BUKU
Persahabatan
dan Keterasingan
dalam ‘Wonder’
Elie Salsabilah Binte Ali
Antara buku yang telah saya baca ialah buku bertajuk “Wonder” ataupun dalam bahasa Melayu, ‘Keajaiban’. Buku fiksyen ini ditulis oleh R.J. Palacio dan telah diterbitkan pada 14 February 2012.
Wonder mengisahkan seorang
budak lelaki berumur 10 tahun
bernama August Pullman
yang lebih dikenali sebagai
‘Auggie’. August mempunyai kecacatan wajah yang menyebabkannya sukar untuk menjalinkan persahabatan. Dia menetap di New York City bersama ibu bapanya dan juga kakaknya, Olivia. Dia memelihara anjing yang bernama Daisy. Dia merupakan seorang kanak-kanak biasa yang gemar bermain Xbox dan taksub dengan Star Wars. Walaupun telah menjalani 27 operasi di wajahnya, dia tetap tidak akan memiliki wajah yang sempurna.
August disekolahkan di rumah sejak kecil lagi dan dia dianggap cerdik dan bijak jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seumurnya. Novel ini bermula dengan August dalam perjalanan ke sekolah baharu yang dipanggil Beecher Prep untuk permulaan gred limanya.
Pada hari pertamanya, guru besar sekolah, Mr Tushman, mengarahkan beberapa murid untuk membimbing August di sekolah. August mengambil masa beberapa
bulan untuk menyesuaikan diri dalam suasana yang baharu sementara rakan-rakan sekelasnya lama-kelamaan terbiasa melihat rupa August. Salah seorang murid yang diarahkan guru besar untuk mendampingi August ialah Jack Will yang baik hati dan akhirnya menjadi kawan akrab August. Dia juga berkawan dengan seorang murid perempuan bernama Summer yang duduk bersamanya ketika waktu rehat pada hari pertama. Salah satu dugaan yang dihadapi August ialah khabar angin yang tersebar mengatakan bahawa jika seseorang menyentuh August, orang itu akan terkena wabak dan hal ini menyebabkan rakan- rakan sekelasnya untuk menjauhkan diri mereka dan mengelak daripada menyentuhnya. Khabar angin ini telah juga menyebabkan August mula berasa terasing. August suka musim Halloween tetapi pada musim Halloween gred lima, August begitu terkesan ketika dia terdengar perbualan antara Jack dan Julian. Jack berkata
YIJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 127