Page 128 - SP2021
P. 128

  pekerja untuk mengelolakan pelbagai hal seperti memasak di dalam rumah besarnya itu. Lelaki yang kelihatan memiliki semua hal sayangnya mendambakan sesuatu, iaitu kebebasan. Bagi Philipe, kehidupan yang selesa merupakan kehidupan yang membenarkannya untuk bebas. Philipe memang memiliki semua hal, kecuali kemampuannya untuk berjalan. Philipe merupakan seorang quadriplegic, iaitu seorang
yang lumpuh dari paras leher ke bawah. Philipe kelihatan selesa hidup dengan kerusi rodanya dan bahkan memiliki penjaga peribadi untuk membantunya melakukan hal-
hal asas seperti membersihkan diri.
Driss dan Philipe bertemu
melalui lowongan pekerjaan
penjaga peribadi. Pada
awalnya, Driss tidak mahu
pekerjaan tersebut dan dia
datang dengan harapan
ditolak dengan Phillipe
agar dapat duit kebajikan
daripada pemerintah jika
dia ditolak oleh sekurang-
kurangnya tiga majikan. Antara semua calon yang ada, Drisslah yang paling tidak berminat. Melihat ini, Philipe menipu Driss dan membuat Driss bekerja sebagai penjaga peribadinya. Pada awalnya, Driss membenci pekerjaannya kerana baginya menjadi seorang penjaga peribadi merupakan pekerjaan yang lemah dan sebagai orang yang berfizikal kuat, hal ini tidak sesuai baginya.
Bukan hanya itu, menjadi penjaga peribadi Philipe memerlukannya untuk melakukan hal-hal yang kurang disenanginya seperti membersihkan Philipe setelah pergi ke tandas. Namun gaji dan insentif pekerjaan ini, mahupun ketidakinginan untuk mengecewakan orang yang dia cintai membuat Driss mengambil pekerjaan ini. Filem ini diteruskan dengan bagaimana persahabatan mereka mekar melalui kemiripan mahupun perbezaan kehidupan mereka.
Filem ini memperlihatkan perkembangan dalam perwatakan Driss dan Philipe yang saling menyokong satu sama lain. Melalui Philipe, Driss
menjadi orang yang lebih bertanggungjawab akan tindakannya. Melalui Driss, Philipe belajar menikmati kehidupannya meskipun lumpuh. Persahabatan mereka saling mengukuh keberanian menghadapi cabaran. ‘Intouchables’ menyentuh beberapa aspek realiti kehidupan iaitu cabaran hidup dan persahabatan. Persahabatan boleh terjalin secara tidak dijangka dan memperlihatkan betapa besar perubahan yang dibawa oleh persahabatan. Intouchables merupakan filem daripada kisah sebenar yang boleh menjadi
panduan bagi ramai orang.
“Parfois, vous devez entrer dans le monde de quelqu’un d’autre pour découvrir ce qui manque dans le vôtre.” (Terkadang, seseorang perlu menjangkau dunia orang lain untuk mengetahui apa yang hilang dalam dunianya sendiri.)
 126 ULASAN • YIJC















































































   126   127   128   129   130