Page 127 - SP2021
P. 127
ULASAN FILEM
Keindahan Perbezaan Yang Saling Melengkapi
Khansa Zilfa Shofia Ghazali
‘Intouchables’ merupakan filem drama komedi yang menyentuh sisi gelap kehidupan sambil memperlihatkan keindahan kehidupan. Filem ini merupakan filem Perancis yang berkisar sekitar persahabatan dua lelaki, Driss dan Philipe. Dimulai dengan adegan mereka meluncurkan kereta mereka dan dikejar oleh beberapa pegawai polis lalu menipu polis-polis tersebut. Penonton yang tidak mengetahui apa-apa tentang filem ini akan berasa bingung dengan filem ini. Namun filem ini dipaparkan dengan baik kerana nantinya penonton akan mengimbas kembali ke masa kali pertama mereka bertemu sehingga bagaimana mereka menjalin persahabatan yang mereka miliki.
Kedua-dua lelaki ini memiliki perjuangan hidup mereka sendiri dan menginginkan kehidupan yang selesa. Namun peliknya, definisi kehidupan selesa bagi mereka amatlah berbeza.
Pada awal filem, kehidupan Driss disorot sebagai seorang lelaki yang berasal daripada keluarga yang kurang berkecukupan. Sebagai seseorang yang sudah dewasa dan seharusnya sudah bekerja, Driss diperlihatkan sebagai lelaki yang tidak bertanggungjawab kerana tidak memiliki sumber kewangan yang stabil. Driss yang merupakan seorang kulit hitam yang amat sihat dan aktif juga tidak memiliki pilihan lain selain bekerja secara haram kerana hidupnya yang miskin. Ini menjadikan Driss mengimpikan kehidupan yang selesa di mana dia memiliki penghasilan yang lumayan agar dapat bebas daripada hutang.
Seperti Driss, Philipe juga menginginkan kehidupan yang selesa. Bezanya, Philipe merupakan lelaki yang amat kaya, dia bahkan memiliki Hôtel Particulier dan memiliki banyak
YIJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 125