Page 130 - SP2021
P. 130

  kepada Julian dan budak-budak lelaki yang lain bahawa Jack akan membunuh diri sendiri kalau dia dilahirkan dengan wajah seperti August. Jack tidak menyangka bahawa August terdengar perbualannya kerana August telah menyamar sebagai Bleeding Scream untuk Halloween. Novel ini seterusnya memaparkan perspektif Olivia, Summer dan Jack. Novel ini diakhiri dengan August menamatkan pengajiannya dan ibunya berbisik ke telinga August dengan memanggilnya sebuah keajaiban.
Novel ini telah memaparkan segala kesukaran dan kebahagiaan yang dialami August sejak hari pertama di sekolah sehingga tamat pengajiannya. Walaupun penggunaan bahasa Inggeris dalam novel ini agak mudah, ia masih dapat menarik perhatian saya sebagai pembaca disebabkan
plot cerita dan isu yang dibincangkan. Novel ini juga menyentuh persoalan masyarakat yang baik hati dan masyarakat yang tidak bertoleransi kepada masyarakat yang berbeza daripada norma. Walaupun ada kekejaman dalam masyarakat, kebaikan hati dan keberanian dalam diri August telah membawa kesedaran dalam diri pembaca bahawa semua orang mempunyai masa susah dan kita tidak patut bersikap kejam terhadap orang lain walaupun kita berada dalam kesukaran. Novel yang mudah difahami ini dapat menjadi renungan bagi masyarakat kini kerana gambaran masyarakat dalam buku amat serupa dengan masyarakat sebenar. Moral yang terselit ialah manusia tidak patut membiarkan tanggapan pertama terhadap seseorang untuk menjejas sikapnya terhadap orang tersebut. Novel ini telah membuka perspektif saya terhadap dunia kita dan masyarakat di sekeliling.
              128 ULASAN • YIJC































































































   128   129   130   131   132