Page 132 - SP2021
P. 132

 Kepesatan Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah Meredah dan Mempengaruhi Kehidupan Belia Hari ini
Muhammad Haikal Bin Mohamad Zahar
Setiap zaman, setiap hari, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin terus berkembang. Keburukan dan kebaikan yang dibawa bersama perkembangan itu tetap digemari manusia, walaupun teknologi ini telah meredah dan mempengaruhi kehidupan seharian kita, terutama sekali golongan belia. Ramai belia hidup dalam keadaan serba moden dan canggih lantas mereka tidak mahu ketinggalan zaman kerana sudah biasa didedahkan kepada teknologi sejak kecil lagi. Malah pendedahan ini kadang kala keterlaluan sehingga tidak sesuai untuk remaja kerana sering kali menjejas moral dan etika mereka.
Golongan belia, terutama sekali para remaja melalui fasa tidak suka dikawal. Dengan adanya platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan baru-baru ini TikTok, remaja meluangkan lebih banyak masa dengan alat-alat elektronik mereka, bersembang di platform media sosial atau aplikasi tertentu. Biasanya, pengunaan alat-alat ini tidak dikawal oleh ibu bapa mereka. Bagi mereka yang tidak mahir dalam pengurusan masa, ini merupakan masalah besar untuk pembesaran mereka. Mereka
akan memilih untuk menggunakan ICT walaupun perlu menghabiskan kerja sekolah misalnya kerana merasakan bahawa ICT itu lebih menyeronokkan. Lama-kelamaan mereka menjadi malas dan mula menangguhkan tugasan. Sifat malas menjadi tabiat buruk yang boleh menjejaskan motivasi pelajar untuk cemerlang dalam pembelajaran. Sifat ini juga boleh dibawa sehinggalah dewasa dan boleh menjejaskan peluang pekerjaan akibat sifat malas itu. Justeru, penggunaan ICT sehingga tidak dapat mengawal masa boleh mengakibatkan kerosakan nilai dan etika.
Walaupun digunakan oleh hampir seluruh dunia, ICT tidak semestinya selamat. Internet, jika disalahgunakan, boleh membawa bahaya kepada moral belia. Belia merupakan golongan yang sentiasa bersifat ingin tahu. Malangnya, sifat ini kadangkala mengakibatkan mereka untuk melungsuri lelaman kurang sopan seperti lelaman yang mengandungi bahan lucah dan pornografi. Pornografi merupakan satu unsur negatif yang merosakkan akhlak dan minda penontonnya. Walaupun menonton pornografi biasanya dilakukan secara peribadi dan jika tidak dipantau, akan menjadi kebiasaan. Ini merosakkan fikiran mereka dan kadangkala boleh mengakibatkan mereka melakukan perbuatan yang tidak sopan.
Sejak kebelakangan ini, beberapa orang belia di universiti di Singapura telah ditangkap merakam teman-teman gadis mereka di dalam tandas. Perbuatan ini membawa hukuman berat bagi mereka yang ditangkap. Inilah satu contoh kesan buruk yang diraih oleh penggunaan bahan lucah, akibat perkembangan ICT.
 130 MAKALAH • JPJC



























































































   130   131   132   133   134