Page 133 - SP2021
P. 133

  Selain pornografi, penggunaan internet dan media sosial juga telah mempengaruhi belia dengan budaya barat. Sudah menjadi lumrah bagi belia terpegaruh dengan budaya asing dan baharu. Sebagai contoh, penggunaan perkataan yang tidak sopan seperti memaki menjadi bahasa yang biasa digunakan antara golongan muda kerana mahu dianggap ‘cool’. Hubungan seks luar nikah juga dipaparkan sebagai perkara biasa dalam kehidupan orang Barat. Ini menjejaskan nilai- nilai dan moral belia kita kerana mereka mula terpengaruh dan menganggap cara kehidupan sebegitu boleh diterima. Bukan itu sahaja, belia juga mula melupakan tentang budaya dan cara hidup mereka sendiri.
Internet juga boleh mempengaruhi ideologi belia. Golongan belia merupakan golongan yang mudah mempercayai dan terpengaruh dengan hantaran yang menjadi sohor kini di lelaman media sosial. Mereka sering terdorong untuk mempercayai apa yang mereka baca, tonton atau dengar tanpa memeriksa kesahihan perkara itu. Jika informasi negatif tentang suatu kaum disebarkan, ini boleh menyebabkan timbulnya isu perkauman. Pada tahun 2020, seorang remaja lelaki berumur 16 tahun ditahan oleh pihak polis kerana telah merancang untuk mencederakan dan membunuh para Muslimin yang sedang bersembahyang di sebuah masjid. Mujurlah, sebelum remaja itu melakukan ancaman tersebut, dia ditangkap dan ditahan. Dia juga mengaku bahawa dia telah dipengaruhi oleh unsur- unsur perkauman di lelaman web. Jelas dilihat bahawa pengaruh dalam bentuk sebegini boleh mendatangkan bahaya kepada warga negara yang tidak pun bersalah. Ini mengancam pertahanan
psikologi kita sebagai sebuah negara yang sedang maju, dimana nilai-nilai murni dan moral kita perlu kuat supaya mengelakkan ancaman luaran.
Berita palsu kini merupakan satu ancaman besar bagi warga Singapura, terutama sekali dalam golongan belia yang muda dipengaruhi. Berita palsu merupakan informasi tidak benar yang disebarkan secara dalam talian. Dengan adanya aplikasi-aplikasi yang boleh mengubah suaikan teks asli atau gambar asli, internet merupakan penyebar berita palsu yang patut ditakuti. Para beliau yang kadangkala membuat pilihan yang tidak rasional lebih mudah mempercayainya. Bukan itu sahaja, kadangkala merekalah yang menyebarkan berita palsu itu. Jika tindakan mereka tidak ditegur, kesejahteraan negara pasti terjejas. Pihak pemerintah harus mengawal keadaan ini dan ini boleh meruntuhkan pertahanan digital Singapura. Justeru, gologan ini perlu dididik dengan kesedaran ini.
Memang perkembangan ICT telah meredah dan mempengaruhi kehidupan hari ini sehingga menjejas nilai-nilai murni, moral, dan etika. Mungkin terdapat cara-cara untuk mengelakkan unsur-unsur negatif yang telah dijelaskan tadi, seperti menggunakan aplikasi-aplikasi untuk mengawal masa, meningkatkan pengetahuan agama dan akhlak supaya dapat mengelakkan daripada menonton bahan lucah, mempelajari dan mengamalkan adat dan budaya kita sendiri agar tidak dipengaruhi budaya barat dan ideologi perkauman dan juga menyemak sumber berita sebelum menyebarkannya. Justeru saya setuju bahawa ICT telah meredah dan mempengaruhi kehidupan hari ini sehingga menjejas nilai-nilai murni, moral, dan etika belia kita.
JPJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 131





























































































   131   132   133   134   135