Page 135 - SP2021
P. 135
yang besar disebabkan oleh gempa bumi yang berkemungkinan sahaja melanda negara kita. Isu pemanasan global mendorong cuaca yang tidak menentu seperti kemarau, banjir dan gempa bumi. Maka, pembangunan infrastruktur demi menangani tantangan yang boleh menyusul daripada bencana alam amatlah genting agar alam sekitar kita tidak terjejas secara mendadak. Tamsilnya, Singapura sendiri telah membina infrastruktur ataupun sistem untuk menyerap tenaga ombak yang berupaya menyelubungi kawasan yang mengelilingi perairan. Jika tenaga ombak tidak diserap dengan cekap, kehidupan semula jadi yang sarat dengan flora dan fauna akan terjejas. Habitat semulajadi akan bobrok dan musnah. Perumahan juga akan dibawa arus yang boleh membahayakan keselamatan manusia apabila debu menghempas kita dengan kuat. Maka itu, kemaslahatan alam sekitar dalam mengurangkan kesan buruk daripada bencana alam merupakan pembangunan yang tidak memerosotkan alam kita bahkan ia menyelamatkan alam sekitar kita daripada lebih kemudaratan.
Walakin itu, jika ditelusuri daripada sudut negatif, pembangunan infrastruktur oleh manusia sendiri yang semakin berleluasa menjadi faktor utama yang menyumbang pada pemanasan global dan perubahan iklim yang mendadak. Pembangunan infrastruktur dalam menyahut arus pemodenan, dan perindustrian yang tidak dikawal dengan bijak, akan mengeruhkan lagi keadaan persekitaran kita. Hal-hal ini bercanggah dengan usaha pemerintah dan perbadanan persekitaran yang mengorak langkah demi mencapai sasaran untuk mengurangkan kadar pemanasan global.
Pembangunan infrastruktur seperti perumahan dan pengangkutan menggalakkan kegiatan pembasmian hutan yang menjejas kebanyakan kehidupan semulajadi. Misalnya, pembangunan rumah-rumah baharu di kawasan Tengah yang dahulunya dipenuhi tumbuh-tumbuhan dan kawasan hutan, menjejas tempat tinggal
haiwan. Disebabkan kegiatan manusia yang tidak mengendahkan kehidupan liar, haiwan-haiwan ini terpaksa berpindah dan mencari tempat berteduh yang baharu. Bukan itu sahaja, malah kegiatan manusia inilah yang akhirnya akan memakan diri kita sendiri. Apabila pokok-pokok dan tumbuhan disirnakan melalui pembasmian hutan, kadar oksigen dalam udara kita akan menurun dengan mendadak. Hal ini kerana tumbuh-tumbuhanlah sumber oksigen utama kerana sewaktu proses pembikinan makanan, tumbuh-tumbuhan meresap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen ke dalam udara kita. Oksigen yang dihasilkan banyak membawa manfaat kepada manusia terutamanya dalam pembesaran sel dan organ dalam tubuh. Justeru, pembangunan yang menggalakkan pembasmian hutan memudaratkan alam semula jadi dan kehidupan manusia sendiri.
Terakhir sekali, perindustrian merupakan salah satu faktor yang menggalakkan penjanaan pendapatan pekerja-pekerja perkilangan yang menghasilkan barangan. Yang izhar, Singapura mempunyai beberapa estet perindustrian seperti di Pulau Jurong. Menurut NEA, penghasilan bahan cemar ke dalam perairan dan udara menjadi salah satu punca utama pencemaran udara dan air di Singapura. Kadar gas-gas yang sarat dengan kimia merbahaya menjejas mutu kebersihan udara dan laut. Kehidupan dalam perairan juga mempunyai risiko maut akibat pencemaran yang menghambat pancaran sinar matahari untuk menusuk perairan. Justeru, ia jelas bahawa perindustrian memudaratkan alam sekitar.
Secara tuntas, pembangunan ibarat sebilah pisau yang mana jika ia digunakan dengan baik maka banyaklah manfaat yang boleh diraih. Jika kita tidak berwaspada, akan menikam kita semula. Yang pasti, kesedaran terhadap penjejasan alam sekitar genting agar pembangunan yang memaslahatkan dapat dikendalikan dengan bijak.
NJC •
SAUJANA PUJANGGA 2021 133