Page 136 - SP2021
P. 136
Adakah Daya Imaginasi Lebih
Penting Daripada Ilmu Pengetahuan
Dalam Mencapai Kemajuan?
Raudhah Muhd Ilyasa
Imaginasi merupakan daya atau kemampuan seseorang untuk menggambarkan sesuatu dalam angan-angan. Akibat ilmu pengetahuan mereka yang masih agak terhad, kanak-kanak merupakan golongan yang paling suka menggunakan imaginasi mereka. Dengan itu, adakah daya khayal ini lebih penting daripada ilmu pengetahuan?
Pada pendapat saya, pernyataan ini tepat. Imaginasi lebih penting daripada ilmu pengetahuan kerana imaginasi dapat membantu kita meraih ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, dalam proses kajian saintifik, penyelidik amat bergantung pada imaginasi mereka. Mereka menggunakan imaginasi mereka sebagai dasar yang akan membangunkan pengajian mereka kerana pembayangan visual mereka itu memainkan peranan besar dalam membina idea serta teori baharu. Ini menunjukkan bahawa daya khayal ini sebenarnya diperlukan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan kita. Tambahan pula, masyarakat kita memberikan penekanan kepada pembelajaran, salah satu cara untuk menambah ilmu pengetahuan. Dalam perjalanan pendidikan kita ini, kita melaksanakan
beberapa aktiviti yang harus menggunakan imaginasi. Dari awalnya, kita digalakkan mempraktikkan imaginasi kita dalam subjek seni yang wajib di sekolah rendah. Oleh itu, imaginasi lebih penting bagi kita semua supaya dapat memperbaik diri melalui pembelajaran dan menambah ilmu pengetahuan untuk mencapai tujuan kita menjadi masyarakat yang lebih berpendidikan.
Mentelah lagi, imaginasi lebih penting daripada ilmu pengetahuan dari segi kesihatan mental. Imaginasi lebih membantu kita memastikan bahawa kita tidak terlalu tertekan dan dapat menguatkan daya ketahanan mental kita. Misalnya, dalam kehidupan kita, tentulah kita akan mengalami susah dan senang. Untuk berjaya mengatasi cabaran-cabaran yang membuat kehidupan kita susah, kita boleh menggunakan imaginasi kita untuk memikirkan penyelesaian yang terbaik. Kita boleh mengimaginasikan cara untuk memanfaatkan ilmu pengetahuan bagi mengatasi cabaran-cabaran itu. Di sekolah, pelajar terpaksa bekerjasama melakukan kerja kumpulan. Apabila mereka menemui jalan buntu dan tidak dapat menggunakan informasi yang sedia ada untuk mengatasi masalah ini, mereka terpaksa menggunakan imaginasi mereka untuk membina penyelesaian yang sesuai. Disebabkan imaginasi setiap individu berlainan, mereka dapat mencari jalan dengan cara yang efektif. Contoh ini menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan tidak cukup untuk mengukuhkan kebajikan mental kita kerana imaginasi juga diperlukan. Namun,
134 MAKALAH • NJC