Page 134 - SP2021
P. 134
Usaha Mengejar Pembangunan
Menyebabkan Kemerosotan
Alam Sekitar
Arifah Zaidi
Bak kata pepatah, pohon tidak akan berliuk- liuk jika tidak ditiup angin, setiap yang berlaku pasti berkaitan dengan faktor-faktor yang mendorongnya. Dalam meniti arus pemodenan, tidak dapat disangkal lagi bahawa terdapat pembangunan yang dikendalikan demi memperkasakan kecekapan abad ke-21. Mencuplik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah pembangunan merujuk pada usaha pembinaan manakala kemerosotan bererti perihal semakin berkurangan. Oleh itu, pembinaan tidak kira sama ada dari segi prasarana secara zahirnya ataupun berlandaskan teknologi membawa kemaslahatan kepada keadaan sekeliling kita. Antaranya ialah penggunaan kereta elektrik, peningkatan penggunaan bekalan elektrik yang lebih bersih dan pembangunan demi sumber air di Singapura. Namun, jika dicerakin dari sudut negatif, pembangunan infrastruktur dan perindustrian memudaratkan alam semulajadi kita. Yang pasti, pembangunan ada baik dan buruknya.
Pertama, pembangunan kereta elektrik berbanding kereta yang lazimnya berfungsi melalui kaedah minyak, membawa manfaat kepada udara kita. Menurut kajian oleh Toyota, kereta elektrik mengurangkan kadar penghasilan bahan cemar dalam udara kita. Disebabkan oleh penjanaan bekalan elektrik yang tidak lagi berlandaskan pembakaran bahan bakar seperti bahan fosil, penghasilan jirim zarahan yang berupaya menyekat pengaliran oksigen di seluruh badan manusia, turut menurun. Ini menunjukkan bagaimana pembangunan teknologi yang dapat diterapkan dalam keperluan harian kita, dapat mendorong prakarsa pemerintah dalam menangani masalah pencemaran udara. Pengangkutan awam yang semakin mesra alam menyumbang kepada kadar udara yang lebih segar berbanding uslub pembakaran bahan bakar demi menjana minyak. Justeru, pembangunan kereta elektrik sememangnya menjana impak positif terhadap mutu udara.
Bertitik tolak daripada teknologi pengangkutan, pembangunan infrastruktur ekoran hasil kajian sains juga memanfaatkan sistem sumber air di Singapura. Negara kita sudah tidak lagi bergantung harap pada negara-negara antarabangsa seperti Malaysia untuk tenaga dan sumber air. Disebabkan tarikh luput kontrak air Singapura-Malaysia yang semakin hampir, yakni pada tahun 2061, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telahpun mengusahakan pembangunan sistem pembersihan air. Ini termasuk empat sumber paip kebangsaan, iaitu penyahmasinan air, bendungan air, air diimport, dan terakhir sekali, prakarsa NeWater. Melalui pelan induk pemerintah yang menyediakan rakyat marhaen untuk masa hadapan yang memerlukan kita untuk berdikari dari sudut sumber air, kita dapat lihat bahawa perkembangan sains berupaya menggalakkan alam persekitaran yang lebih bernilai. Amsalnya, Bendungan Air Marina merupakan salah satu kaedah negara kita memanfaatkan air semula jadi daripada air hujan untuk kegunaan masyarakat kita. Persis sambil menyelam minum air, pembangunan bendungan air yang semakin dipertingkat mutunya, sekaligus menghindari perihal pembaziran air kerana air yang dihasilkan hujan ataupun yang pada mulanya kotor ekoran penghasilan najis manusia, dapat dimanfaatkan oleh masyarakat kita. Sistem penyahmasinan dan rawatan yang tuntas terhadap air, mempertingkat mutu alam sekitar kita kerana kita sudah tidak lagi membazirkan air dengan sewenang-wenangnya. Oleh itu, pembangunan sains membuat kita lebih peka terhadap kepentingan memulihara alam sekitar sekaligus mendorong usaha pembangunan yang tidak memudaratkan.
Sementelahan pula, pembangunan dari segi perkembangan alat dan sistem di perairan juga menghambat kesan sampingan yang buruk terhadap alam sekitar ekoran bencana alam. Pembangunan seperti tembok laut dan sistem menyerap tenaga daripada ombak laut
132 MAKALAH
• NJC