Page 138 - SP2021
P. 138
Isu Dan Cabaran Sukan Olimpik 2020
Eshvinjeet Kaur
Sukan Olimpik merupakan acara sukan yang dinanti-nantikan oleh seluruh dunia termasuk peminat sukan yang jitu dan golongan yang hanya menonton sukan untuk tujuan hiburan. Dimulakan pada tahun 1896 di Athens, acara sukan ini kini disertai oleh lebih daripada 10,000 orang peserta dari berpuluh-puluh buah negara sejagat.
Walau bagaimanapun, dengan bilangan peserta yang ramai yang berasal daripada pelbagai latar belakang, timbullah pelbagai isu menarik yang menjadi tumpuan peserta dan penonton. Sukan Olimpik yang sepatutnya diadakan pada tahun 2020 ditangguhkan hingga kepada tahun 2021 dan diadakan di Tokyo, Jepun menghadapi pelbagai cabaran untuk menjayakan acara gemilang ini.
Salah satu cabaran yang timbul merupakan keputusan atlet yang menarik diri sebelum pertandingan kerana mempunyai pandangan politik yang berbeza daripada pihak lawannya. Atlet judo dari negara Algeria telah menarik diri daripada bertanding di Sukan Olimpik Tokyo
sebelum acaranya dimulakan apabila acara undian meletakkan kemungkinan dia bertemu dengan lawannya dari negara Israel. Fethi Nourine memberitahu TV Algeria bahawa sokongan politiknya kepada perjuangan Palestin menyebabkan mustahil untuk dia menentang atlet dari negara Israel. Perkara-perkara yang berunsur politik tidak seharusnya dilibatkan dalam acara sukan, lebih-lebih lagi Sukan Olimpik. Acara sukan terbesar ini seharusnya digunakan sebagai pentas bagi olahragawan untuk menunjukkan kemahiran mereka
kerana mereka bersaing dengan atlet terbaik di dunia. Acara Sukan Olimpik merupakan simbol untuk menyatupadukan masyarakat dunia dan oleh itu, perbezaan daripada segi pendirian politik harus diketepikan. Di acara Sukan Olimpik, para atlet memikul tanggungjawab untuk mewakili negara dan membawa kegemilangan kepada negara masing-masing. Oleh sebab itu, mereka perlu mengetepikan segala isu atau ketegangan politik antara negara dan bertanding secara adil. Selain itu, para atlet juga telah berlatih dengan gigih dan bekerja keras untuk mewakili negara, maka mereka akan rugi jika mereka menarik diri akibat isu politik negara.
Selain itu, satu isu menarik yang timbul ialah isu pakaian yang dipakai oleh atlet Olimpik. Dalam acara gimnastik wanita di Sukan Olimpik Tokyo kali ini, ahli gimnastik wanita Jerman mencuri perhatian orang ramai dalam sesi latihan sebelum bersaing, dengan penampilan yang sangat berbeza. Mereka telah mengenakan seragam penuh ketika turun ke gelanggang, dan tidak memakai pakaian tradisional sukan gimnastik. Mereka
136 MAKALAH • RI