Page 137 - SP2021
P. 137

  imaginasi merupakan faktor yang lebih penting kerana ia diperlukan untuk memastikan bahawa ilmu pengetahuan itu juga dapat digunakan. Tanpa imaginasi, kita tidak akan berjaya mengatasi kesusahan dan boleh membawa kemudaratan. Oleh itu, imaginasi lebih penting daripada ilmu pengetahuan kerana ia memainkan peranan yang lebih besar untuk mengekalkan kesihatan mental kita.
Tambahan pula, imaginasi merupakan sesuatu yang penting bagi mencapai kejayaan. Berbanding dengan ilmu pengetahuan, imaginasi yang dapat menimbulkan perasaan dalam diri kita untuk mencapai kejayaan. Apabila kita mengimaginasikan sesuatu yang kita betul-betul ingini, rasa gembira atau keinginan yang sungguh kuat, akan berkembang dalam hati kita. Perasaan- perasaan ini, yang tidak dapat ditimbulkan hanya daripada ilmu pengetahuan, akan menggalakkan kita bekerja keras bagi mencapai impian kita untuk berjaya. Apabila kita dapat mengimaginasikan dan menggambarkan kita sebagai seorang doktor, lama-kelamaan, keinginan kita menjadi seorang doktor akan menjadi semakin kuat. Kita akan beraspirasi untuk mencapai impian kita dan akan membuat keputusan-keputusan yang membolehkan kita berjaya menjadi seorang doktor seperti mengambil kursus yang tertentu di sekolah. Ini menunjukkan bahawa imaginasi merupakan bahan asas bagi kita mencapai kejayaan. Oleh itu, dalam segi ini, imaginasi lebih penting daripada ilmu pengetahuan.
Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mengabaikan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan boleh dianggap lebih penting daripada imaginasi kerana ilmu pengetahuan
sesuatu yang konkrit dan imaginasi sesuatu yang abstrak. Perkara yang konkrit akan lebih berkesan dalam kehidupan kita kerana kita pasti bahawa ilmu itu boleh diaplikasikan, manakala perkara yang abstrak kurang berkesan dalam kehidupan kita kerana kita tidak pasti jika ia dapat diaplikasikan. Untuk imaginasi, kita perlu mengambil risiko untuk percaya bahawa perkara itu betul apabila hendak melakukan sesuatu seperti menyelesaikan masalah. Ibu bapa yang baharu dan perlu menjaga bayi mereka akan membuat pilihan untuk mengikuti pengetahuan orang lain tetang cara yang terbaik bagi membesarkan bayi itu seperti jenis susu yang patut diberikan atau pakaian yang paling selesa bagi bayi itu. Mereka tidak akan menggunakan imaginasi mereka untuk memikirkan cara-cara menjaga bayi mereka kerana takut akan membuat kesilapan yang bahaya dan dapat menjejas anak mereka itu. Dalam situasi seperti itu, ilmu pengetahuan mungkin pilihan yang lebih selamat dan lebih kurang risiko. Oleh itu, ilmu pengetahuan lebih penting daripada imaginasi dalam melakukan perkara seperti aktiviti seharian.
Secara kesimpulannya, imaginasi memang lebih penting daripada ilmu pengetahuan. Imaginasi penting kerana imaginasi membantu kita meraih ilmu pengetahuan dan juga mengekalkan kesihatan mental tetapi ilmu pengetahuan merupakan sesuatu yang nyata. Namun, ilmu pengetahuan tetap tidak sepenting imaginasi kerana ilmu pengetahuan sesuatu yang terhad. Ia hanya akan betul-betul menjadi lebih penting jika kita mempunyai hampir semua ilmu pengetahuan di dalam dan di luar dunia ini. Disebabkan itu, imaginasi lebih penting daripada ilmu pengetahuan dan kita semua harus terus dan lebih berimaginasi supaya dapat menimbulkan masyarakat yang maju.
NJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 135





























































































   135   136   137   138   139