Page 139 - SP2021
P. 139
menyarungkan seragam yang menutup bahagian kaki hingga ke buku lali. Elisabeth Seitz, salah seorang atlet dari Jerman yang berusia 27 tahun dan bersaing dalam Sukan Olimpik buat kali ketiga telah berkata kepada Reuters bahawa mereka ingin menunjukkan bahawa setiap wanita, malah setiap orang harus memutuskan apa yang mereka berhak pakai. Pakaian olahragawan boleh dikatakan memainkan peranan penting dalam sukan kerana sering menentukan tingkat keyakinan diri dan keselesaan seseorang atlet. Secara tidak langsung, pakaian yang direka dengan baik dapat membantu seseorang atlet untuk memberikan prestasi yang terbaik semasa bertanding. Sehubungan dengan itu, setiap atlet perlu dibenarkan untuk memilih pakaian atau seragam yang diinginkan agar mereka berasa selesa apabila bertanding. Seperti pasukan Jerman dalam sukan gimnastik dan Persekutuan Gimnastik Jerman, setiap negara mesti dan seharusnya mencuba untuk menyokong gerakan ini agar para atlet tidak berasa kurang selesa. Mudah-mudahan, pada masa hadapan, para ahli sukan akan dibenarkan untuk memilih pakaian berdasarkan keinginan dan keselesaan masing-masing.
Pada masa yang sama, isu lain yang timbul ialah isu COVID-19. Wajarkah bagi tuan rumah, Tokyo meneruskan acara Sukan Olimpik, sedangkan dunia masih dalam proses menangani pandemik COVID-19? Apabila ditanya semasa satu sidang media, jika temasya yang akan membuka tirainya itu, masih boleh dibatalkan, Toshiro Muto, ketua jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik Tokyo berkata beliau akan memantau jumlah jangkitan dan mengadakan perbincangan dengan pihak penganjur jika perlu. Jika dilihat dari segi ekonomi, Sukan Olimpik Tokyo sememangnya tidak harus dibatalkan kerana banyak kerugian yang harus ditanggung. Misalnya, negara Jepun akan menanggung kerugian disebabkan kos yang
tinggi untuk membangunkan bandar Olimpik. Sebelum acara Sukan Olimpik diadakan di Tokyo, hotel dan restoran diubah elok untuk dijadikan tempat penginapan dan tempat makan atlet yang selesa dan cantik. Selain itu, acara Sukan Olimpik juga dijadikan sebagai suatu simbol bagi pemulihan negara daripada kesan tsunami dan tragedi reaktor nuklear di Fukushima, maka itu tidak harus dibatalkan supaya negara Jepun mampu dan bersedia menghadapi ketidaktentuan ekonomi untuk jangka masa panjang. Di samping itu, dari segi sosial pula, Sukan Olimpik tidak wajar dibatalkan kerana acara sukan ini menjadi lambang semangat perpaduan dan semangat kesukanan yang menyatukan negara-negara peserta. Hal ini dapat menggalakkan semua negara agar saling bekerjasama untuk menjaga kebajikan satu sama lain kerana sudah terbina jalinan yang kukuh, yang bukan sahaja penting untuk kestabilan ekonomi semua negara malah demi memastikan perpaduan semua negara terpelihara.
Akhir kata, isu dan cabaran yang timbul ini, walaupun telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan orang ramai, mampu memberi kita perspektif yang baharu, dengan mengubah cara pemikiran dan cara kita melihat sesuatu situasi supaya kita lebih memahami dan lebih prihatin untuk menganalisis sesuatu isu dan cabaran dengan perspektif yang berbeza. Diharapkan isu dan cabaran yang timbul kali ini dapat dijadikan pengajaran buat semua untuk acara Sukan Olimpik seterusnya yang akan diadakan di Paris, Perancis pada tahun 2024.
RI • SAUJANA PUJANGGA 2021 137