Page 141 - SP2021
P. 141

   yang berlaku secara ‘serentak’ oleh firma-firma ini patut dicontohi. Dengan adanya objektif yang serupa, firma masing-masing menggunakan ketangkasan sendiri untuk mendapatkan perhatian para pengguna dengan cara yang sihat. Budaya ini dikekalkan untuk memastikan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan sentiasa mengikuti jangkaan masyarakat yang semakin meningkat. Budaya persaingan yang sihat mengelakkan berlakunya pembangunan yang bersifat statik dan tidak berdaya saing.
Persaingan sebenarnya merupakan pencetus semangat dalam kalangan masyarakat terutama sekali dalam bidang sukan. Kekuatan fizikal seseorang biasanya tidak dapat mencapai potensinya yang tertinggi sekiranya ia tidak dipaksa ataupun dilatih dengan baik. Begitu hakikatnya bagi para atlet nasional. Antaranya, Joseph Schooling yang merupakan johan bagi
sukan renang pada sukan Olimpik tahun 2016 ketika beliau mewakili Singapura. Begitu juga bagi para atlet yang lain, yang benar-benar telah memberikan dedikasi serta kerja keras mereka masing-masing untuk membina kekuatan fizikal dan mental mereka agar dapat mencapai satu tahap yang diingini. Persaingan merupakan konsep pokok yang menjadi dasar kepercayaan bagi setiap ahli sukan. Tanpa adanya persaingan, para atlet tidak mungkin bermotivasi untuk mencabar kebolehan fizikal dan mental mereka masing-masing agar dapat menjadi johan dalam sesebuah pertandingan. Begitu juga dalam acara ‘The Biggest Losers’ yang menggunakan konsep persaingan sebagai motivasi untuk menggalakkan para peserta untuk mengurangkan berat badan. Mereka perlu bersaing dengan diri mereka sendiri agar dapat meningkatkan kemampuan masing- masing agar dapat menjadi lebih sihat.
TMJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 139































































































   139   140   141   142   143