Page 143 - SP2021
P. 143
kalangan masyarakat yang berganding bahu untuk mengatasi cabaran bersama. Perubahan iklim diisytiharkan sebagai salah satu masalah yang runcing dan mampu mengancam kewujudan manusia. Khabar tentang suhu bumi yang akan meningkat sebanyak 1.5 darjah selsius amat merisaukan golongan-golongan aktivis dan rakyat jelata. Manusia telah bekerjasama untuk mencari jalan penyelesaian melalui Perjanjian Paris yang melibatkan 196 negara, antaranya, Amerika Syarikat, Jepun dan Kanada. Melalui perjanjian ini, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berikrar untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon sehingga 52 peratus menjelang 2030. Jepun juga telah menaikkan sasarannya untuk mengurangkan pengeluaran gas ini sebanyak 40 peratus, begitu juga perdana menteri Kanada, Justin Trudeau yang berikrar mengurangkan sebanyak 45 peratus. Kekuatan manusia jelas terpancar apabila mereka cuba untuk mencari jalan keluar daripada belenggu pemanasan bumi demi masa hadapan masyarakat.
dipertingkat untuk menangani penularan jangkitan virus COVID-19 ini. Orang ramai tidak dibenarkan duduk di tempat-tempat makan dalam tempoh masa tersebut. Walaupun banyak kedai makanan dan minuman terus beroperasi melalui tempahan atas talian, ada juga beberapa kedai, terutamanya di pusat-pusat penjaja, yang tidak begitu mahir dalam penggunaan teknologi. Mereka tidak pernah ataupun tidak mengetahui cara-cara untuk mengalihkan pengurusan perniagaan mereka. Oleh itu, Agensi Tenaga kerja Singapura telah pun mengendalikan sebuah program reka semula untuk mengajarkan golongan yang terjejas, tentang cara untuk mengubah model perniagaan masing- masing dengan memanfaatkan peralatan digital. Sewaktu program itu dikendalikan, beberapa orang sukarelawan tampil untuk menawarkan tenaga serta kepakaran mereka dalam penggunaan alat- alat digital untuk membantu golongan-golongan tertentu dalam mengatur strategi pemasaran yang sesuai dengan keadaan ini, terutama sekali di
pusat-pusat penjaja. Manusia diperkasa untuk membantu satu sama lain pada masa-masa kelam seperti ini.
Begitulah proses pemerkasaan yang begitu menakjubkan. Ketika manusia dilanda krisis, kekuatan dapat ditonjolkan walaupun tidak disangkal, bahawa pasti ada golongan yang bersikap pesimis tentang kekelaman dunia ini. Hal ini tidak mematahkan semangat
mahupun melemahkan keteguhan hati segolongan yang mampu melihat cahaya di sebalik setiap kegelapan.
Penguncupan ekonomi merupakan satu kesulitan yang sama sekali tidak dapat dielakkan. Pada bulan Mei 2021, Singapura telah kembali ke fasa kedua disebabkan langkah kewaspadaan yang
TMJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 141