Page 144 - SP2021
P. 144

 Ruang Siber Semakin Disalahgunakan
Elie Salsabilah Binte Ali
Nur Fazira Elyanie Binte Muhammad Safar Luqmanul Hakim Bin Abdul Basit
Dasawarsa ini, perkembangan internet telah melangkaui jangkaan para perintis yang mendahului permulaan internet pada awal 1960-an di Amerika Syarikat. Ketika itu, ia hanya berfungsi sebagai wadah untuk para penjawat awam berkongsi maklumat antara satu sama lain. Namun, dalam tempoh beberapa dekad sahaja, ini telahpun menjadi rangkaian sejagat yang berkepentingan dan menjadi wajib dalam kebanyakan urusan harian seperti pengendalian maklumat sulit dari segi kewangan termasuk aktiviti santai seperti berkomunikasi di media sosial. Hal ini tentulah melibatkan internet yang seolah-olah menjadi ‘orang tengah’ dalam urusan- urusan sedemikian. Namun begitu, perkembangan ruang siber di internet turut diekori peningkatan kadar penyalahgunaan oleh sesetengah pengguna yang tidak bertanggungjawab.
Umum berpendapat bahawa pembulian siber ialah salah satu perkara salah yang begitu berleluasa di ruang siber. Jenis pembulian ini melibatkan perkara-perkara buruk yang dilakukan oleh pihak yang menyasarkan pengguna lain. Kita boleh ambil contoh daripada gejala pembulian siber yang biasa berlaku dalam kalangan remaja. Modus operandi termasuk mesej-mesej yang kurang menyenangkan, gambar yang disunting secara tidak sensitif dan lebih teruk lagi, maklumat sulit yang disebarkan dalam pelbagai platform media sosial di alam siber untuk mengaibkan mangsa. Ini hanyalah secebis daripada keseluruhan dan keseriusan masalah ini. Beberapa tahun lepas, seorang idola dan penyanyi K-pop terkenal, Sulli, mati akibat bunuh diri. Malang yang menimpanya menjurus kepada keperitan menjalani detik- detik akhir hidupnya ketika menerima komen- komen benci dan cacian oleh ramai warga siber di akaun media sosialnya susulan berkongsi tentang masalah kemurungan yang dihadapinya.
Detik hitam tersebut menjelaskan kepentingan membendung kegiatan alam siber yang memudaratkan. Meskipun langkah-langkah kukuh telah diambil agar pisang tidak berbuah dua kali melalui kerjasama negara-negara dan penyedia Internet, masih ada laporan-laporan dari merata dunia tentang remaja-remaja yang menamatkan riwayat mereka begitu sahaja setelah dibuli secara bertubi-tubi. Serupa dengan keadaan Sulli, mereka tidak berdaya untuk menangani emosi-emosi negatif yang terbuku dalam jiwa tatkala melihat anasir-anasir toksik pada skrin peranti mereka. Walaupun sudah bertahun-tahun lamanya isu ini timbul, ia masih sangat sukar diatasi kerana kebanyakan pengguna internet menggunakan nama singkatan yang hanya diketahui oleh mereka sahaja. Ini merumitkan proses mengesan si pembuli. Natijahnya, kebebasan yang dinikmati para pengguna siber memudahkan aktiviti-aktiviti untuk tujuan yang salah kian berleluasa di ruang siber dan kesudahannya tidak mungkin dapat diramalkan.
Seperkara lagi ialah kegiatan para penggodam yang mencemari ruang siber di internet. Dalam arus kemodenan dan kepentingan teknologi yang semakin tidak dapat dinafikan, lebih ramai yang mahir dalam selok-belok teknologi. Segelintir daripada mereka menyalahgunakan kebolehan mereka memanfaatkan teknologi sehingga terjebak dalam kegiatan menggodam untuk mencuri dan membocorkan informasi peribadi secara haram. Ini dilakukan semata-mata atas kepentingan sendiri. Pada Julai 2018, serangan siber yang paling teruk dalam sejarah Singapura menjejas data peribadi seramai 1.5 juta pelanggan SingHealth termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan individu-individu lain yang terlibat dalam pentadbiran negara. Dalam proses tersebut, maklumat sulit seperti nombor kad pengenalan,
142 MAKALAH • YIJC



























































































   142   143   144   145   146