Page 146 - SP2021
P. 146

  pengguna siber dari setiap lapisan masyarakat. Satu contoh ialah kemunculan wabak COVID-19 yang memaksa sesi persekolahan bagi setiap pelajar beralih ke dalam talian untuk membendung penyebaran virus itu dan pada masa yang sama memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak terhenti. Ini berjaya dilaksanakan dengan penggunaan aplikasi komunikasi jarak jauh seperti Zoom dan wadah Student Learning Space (SLS) yang membolehkan guru-guru mahupun para pelajar menyempurnakan tugasan masing-masing di rumah tanpa perlu berada di bilik darjah. Dapat dilihat bahawa kaedah pembelajaran sebegini membuktikan manfaat internet dalam keadaan darurat dan tidak menentu dengan kemudahan yang ditawarkan. Jelaslah bahawa penggunaan ruang siber tidak semestinya membinasakan.
Kesimpulannya, kesan-kesan aktiviti di ruang siber bergantung sepenuhnya pada pengguna sendiri dan pihak berkuasa tertentu. Kurikulum pendidikan khususnya tentang kesejahteraan siber harus diteruskan dan sentiasa dikemaskinikan mengikut perkembangan teknologi agar golongan belia dididik menjadi pengguna siber yang berhemah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bukan Kementerian Pendidikan sahaja yang perlu memainkan peranan. Ibu bapa perlu juga proaktif dalam usaha penting ini. Dengan demikian, benteng untuk menghindari kegiatan siber yang tidak bertanggungjawab dapat dibina dan diperkukuh bagi melahirkan suasana yang selamat dan aman bagi setiap pengguna.
144 MAKALAH • YIJC
































































































   144   145   146   147   148