Page 148 - SP2021
P. 148

 Remaja dan Kesihatan Mental
Kanak-kanak dan remaja merupakan golongan yang memerlukan sokongan terutama sekali pada masa pandemik COVID-19. Keadaan mental yang terganggu sebenarnya boleh ditangani lebih awal supaya tidak melarat dan memudaratkan. Namun sering kali, golongan muda yang terjejas tidak mendapatkan rawatan dan pencegahan kerana khuathir akan mengalami stigma dan diskriminasi dalam kehidupan harian mereka. 10 Oktober ialah Hari Kesihatan Mental Sedunia yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu- isu kesihatan mental di seluruh dunia dan menggerakkan pelbagai usaha bagi menyokong kesihatan mental. Berikan komen kamu tentang masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar dan usaha menyokong mereka yang menghadapi tekanan mental.
  Jangkaan Ibu
Bapa Faktor
Utama
Pada pendapat saya, jangkaan ibu bapa terhadap para pelajar Singapura memang tinggi. Para pelajar dijangkakan dapat mencapai kecemerlangan dalam kelakonan akademik mereka. Persaingan di sekolah juga sengit dan akibatnya, kesihatan mental pelajar boleh terjejas. Apabila kesihatan mental terjejas, dengan mudah pelajar akan hilang motivasi dan keinginan untuk belajar atau menjalani kehidupan. Maka itu, amat penting untuk para pelajar menjaga kesihatan mental mereka. Sekiranya tidak ditangani, ini boleh menyebabkan tekanan kepada mental dan emosi pelajar. Justeru itu, penting untuk seseorang pelajar berkongsi masalah dan cepat- cepat mencari jalan untuk mengatasi tekanan tersebut. Saya sarankan agar pelajar-pelajar berusaha membina hubungan komunikasi terbuka dengan ibu bapa dan berbincang tentang kecenderungan mereka agar ibu bapa dapat sama-sama menyokong dan membantu mereka menghadapi cabaran hidup dengan mudah.
Ulfa Hannah Binti Mohamad Zin
   Jamiah Binte Abdullah
Tidak Perlu Segan Untuk Minta Bantuan
 Kini, di Singapura, terdapat lebih ramai pelajar yang semakin tertekan akibat masalah akademik atau peribadi. Jangkaan tinggi oleh sekolah dan juga ibu bapa telah menjadi suatu beban yang harus dipikul oleh kebanyakan pelajar. Pelajar tidak mahu mengecewakan sesiapa lalu mengetepikan kesihatan mereka. Waktu sekolah yang panjang, aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan selepas sekolah serta mengulang kaji sehingga lewat malam, telah menjadi rutin yang sangat sibuk bagi setiap pelajar.
Selain itu, pelajar juga harus meluangkan sedikit masa dan menjaga silaturahim dengan keluarga dan rakan. Tidak boleh dinafikan, beban seorang pelajar sungguh berat dan mereka memerlukan kekuatan mental yang kukuh. Malangnya, terdapat anggapan bahawa pertolongan tidak perlu diberi kerana perasaan tertekan sudah menjadi kebiasaan. Lalu, pelajar enggan meminta pertolongan dan ini merosakkan kesihatan mental mereka.
146 FORUM • JPJC























































































   146   147   148   149   150