Page 149 - SP2021
P. 149

   Nur Sakeenah Binte Mustaqim
Kesihatan Mental Tanggungjawab Bersama
 Sebagai seorang remaja, tanggungjawab yang perlu kami penuhi memang agak berat, namun, ia sering dipandang enteng. Kerja sekolah, tugasan aktiviti kokurikulum ataupun tekanan untuk menghasilkan gred-gred yang memuaskan bukanlah mudah untuk ramai pelajar. Jadual yang amat sibuk juga menyumbang kepada kesejahteraan mental yang semakin merosot. Namun begitu, oleh sebab masalah-masalah pelajar tidak dikira penting, kesihatan mental kami juga tidak diberikan perhatian. Pada pendapat saya, sebagai satu masyarakat, kita boleh memainkan peranan yang besar untuk membantu remaja- remaja mengatasi masalah tersebut. Sokongan holistic dan konsisten amat penting bagi memastikan perjalanan pendidikan kami suatu yang lancar dan kurang menekankan. Bak pepatah Inggeris ‘it takes a whole village to raise a child’.
  Kesejahteraan
Mental Lawan
Kecemerlangan
Akademik
Sejak kebelakangan ini, kepentingan kesihatan mental untuk pelajar menjadi isu hangat yang diperbualkan. Sudah tiba masanya untuk kita tidak memandang kesihatan mental sebagai sesuatu yang remeh. Pertama, kesihatan mental merupakan satu aspek yang penting bagi memastikan pelajar-pelajar dapat meneruskan kehidupan mereka. Pandemik COVID-19 menambahkan tekanan kepada para pelajar yang terpaksa menyesuaikan diri dengan aturan pembelajaran yang baharu.
Tidak boleh dinafikan bahawa sistem pembelajaran Singapura merupakan antara yang terbaik di dunia, namun, adakah berbaloi jika implikasinya kepada pelajar merupakan sesuatu yang negatif? Antara punca tekanan adalah seperti tugasan yang banyak, aktiviti kokurikulum yang memakan banyak masa dan juga tekanan untuk mencapai kejayaan dalam persekitaran yang amat kompetitif. Bukan ini sahaja, ibu bapa juga meletakkan jangkaan yang tinggi ke atas para pelajar.
Tanpa pengurusan masa yang baik dan daya tahan yang tinggi, para pelajar boleh terjerumus dalam situasi kesihatan mental mereka terganggu. Saya berharap pemerintah dapat mengajukan inisiatif baharu bagi memastikan kesihatan mental pelajar terjaga.
Nuranisah Binte Mohamed Alwi
 JPJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 147























































































   147   148   149   150   151