Page 151 - SP2021
P. 151

   Dinie Batrisya Binte Mohammad Kamarruddin
Menangani Cabaran Bersama-sama
 Jika ditanyakan kepada para ibu bapa soalan ini: Apakah yang mereka harapkan dalam diri anak mereka? Ramai akan mengatakan yang mereka mengharapkan anak-anak mereka cemerlang dalam mata pelajaran dan akan mendapatkan pekerjaan yang bergaji tinggi pada masa depan. Seringkali para pelajar harus berhadapan dengan tekanan dan harapan setinggi gunung ibu bapa mereka. Bukan itu sahaja, sebagai seorang remaja, kami berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti cabaran-cabaran dalam hubungan antara kawan, ahli keluarga dan juga dengan diri kami sendiri.
Tekanan mental yang berlebihan ini boleh menimbulkan fikiran negatif seperti mencederakan diri sendiri atau lebih buruk lagi terlintas untuk membunuh diri. Menurut Menteri Pendidikan Chan Chun Sing, kes bunuh diri dalam kalangan muda berusia antara 10 dengan 19 tahun naik 37.95 peratus pada 2020 berbanding 2019. Justeru, saya menggalakkan kita, anak-anak muda yang tidak pernah mengalami kemurungan ataupun yang pernah berhadapan dengan kemurungan, harus ke hadapan untuk membantu rakan- rakan kita yang sedang mengalami masalah. Mungkin sekuntum senyuman itu dapat mencerahkan hari rakan kita.
  Sokongan
Padu Amat
Diperlukan
Pada pendapat saya, isu ini harus diketengahkan dan dibincangkan dengan lebih lanjut. Kajian telah membuktikan bahawa pelajar Singapura adalah antara golongan yang paling tertekan di seluruh dunia. Disebabkan penularan wabak COVID-19 dan kesannya ke atas pembelajaran pelajar, lebih ramai pelajar mendapatkan pertolongan dari Institusi Kesihatan Mental. Kesihatan mental ini amat penting kerana menjamin kesejahteraan pelajar dan keupayaan mereka untuk menjalani kehidupan dengan penuh gembira. Kebanyakan pelajar di Singapura tertekan akibat jangkaan yang terlalu tinggi. Pelajar terlalu fokus kepada pelajaran dan tidak diberikan peluang untuk merehatkan minda. Jika ini berterusan, ini akan melahirkan generasi yang terlalu fokus kepada pencapaian akademik dan kurang mementingkan kesihatan mental mereka. Walaupun manfaat kerja keras tidak dapat dinafikan, namun kesihatan mental seorang individu juga harus dititikberatkan.
Mira Syuhada Binte Muhamad
 JPJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 149

























































































   149   150   151   152   153